Saturday, December 15, 2012

New Madela Swing & Pusat Servis Madela

Kalau nk ikutkan dh lama dh aku nk tukar motor nih..pnah skali mr hubby call pusat servis kat bangsar doa ckp kerosakan yang dialami madelaku nih xcover..selama dlm masa 3 bulan ni aku tpaksa bgantung harap sepenuhnya kat power plug je..kalo balik kg tpaksa pakai manual pam anakku yang aku beli khas untuk pakai otw balik kg je..yela 6jam nokkk...xkan la mak nak membekukan keju nih..maunya demam kang..

Nak dijadikan cerita..semalam 15/12/12 aku sesaje try gi pusat servis dan jualan madela kat ampang..bawakla skali motor aku yang rosak part bateri je tu..sebab hari lain keje n mostly tempat servis lain ukak weekdays..but madela kat ampang nih still ukak sampi kul 2pm hari sabtu..sampi sna trus kuarkan motor yang rosak tu..(mr hubby yang g jpe dak kat customer service tu)..dgn muka tension dan muka ketat dia pun amik n test mende tu mmg xjln kalo pakai bateri..yang aku xtahannye langsung xdak rupa nak layan..masam je..senyum pun x..skit je lagik mr hubby nak sound..tp aku cpt2 takeover tempat mr hubby kat kaunter..kalo x nti jd kes pukul pakai pam plak..huhu..



Lepas setel isi form derang, dia mintak warranty card n terus dapat pam baru! Sangat exited sbb aku ingatkan derang nak repair je sbb madela bangsar ckp xcover utk bateri..tup2 baru trus...alhamdulillah..'lepas ni kalau nak pakai plug bateri cabut dlu' (dgn muka cm nak bunuh aku je)..ohh..aku kne sound lak..aku pun 'ok'..sambil lam hati; patutla rosak mse mula guna dlu..aku lupa nak tanggal bateri msa pakai plug! Yes diakui!..
Menurut kawan2 fb aku, madela servis centre nih ada kat bangsar & ampang...





Sole Distributor in Malaysia (Service Centre) 
Lactaequip (M) Sdn Bhd

Bangsar: 
Office Suite A-18-3 Level 18 Tower A
Menara UOA Bangsar
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2284 6388 Fax: +603-2283 3886
email:cs.bangsar@lacta-equip.com
Mon-Fri : 9.30am-6.00pm
Sat, Sun & Public Holidays: Closed

Ampang:
Lot B2-G Jalan Selaman 1
Dataran Palma off Jalan Ampang
68000 Ampang 
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-4270 1128 Fax: +603-4270 6451
email: cs.ampang@lacta-equip.com
Mon-Fri: 10am-7pm
Sat: 10am-2pm
Sun & Public Holidays: Closed

Penang:
9-1-22 Taman Kheng Tian
Jalan Van Praagh
11600 Penang
Tel: +604- 282 7278 Fax: +604-281 7793
email: cs.penang@lacta-equip.com
Mon-Fri: 9.30am-6pm
Sat: 9am- 12.30pm
Sun & Public Holidays: Closed

Friday, December 14, 2012

Expo Barang Baby 2013

Expo datang lagi!
Sekali lagi untuk tahun ni aku seperti biasa akan merayap mencari tempat untuk menghabiskan duit gaji (expo) yang menjual barang baby...sebab aku nih high taste suka barang murah dan berkualiti...yela...sape xnak yang terbaik untuk anak kan? tambah lak anak sulung...huhu...jom habehkan boreh ngan den



Mother, Baby & Kids Expo January 2013 - PWTC



Mother, Baby & Kids Expo
18th January 2013 - 20th January 2013
Hall 4, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Admission : FREE

Note : Yang kat PWTC nih salunya kecik je expo dia so mcm mls nak pegi...huhu
Update : Dah pergi weekend lepas and yes...memang kecik je pun...xberbaloi ngan susah nak cari parking...dahla park per entry kat pwtc RM10 hengget per entry!sangat mahal dan xberbaloi langsung...next target bulan 3 plak...huhu



Motherhood Expo 2013 - KLCC



Motherhood Expo 2013
1 - 3 March 2013
10:30am - 9:00pm
Kuala Lumpur Convention Centre
Admission : Entrance is FREE

Maternity & Children's Clothing and Accessories
Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
Natural Nutrition Food for Weaning Babies
Organic Toddler Formula Products
Diaper, Furniture and Toy Retailers
Infant & Toddlers Safety Products
Breastfeeding & Mommy's Groups
Early Education Products
Financial & Insurance Institutions

 Note : Yang kat KLCC nih salunya besar n ramai orang...so kalo nak pegi mmg kne awl pagi


5th Maternity & Children Expo
5 - 7 April 2013
10:00am - 9:00pm

Mid Valley Exhibition Centre Mid Valley Exhibition Centre – Hall 1, 2, 3 and Atrium
Maternity & Children Expo is the event for your pregnancy, baby and toddler.
Malaysia’s leading experts on pregnancy, baby and toddler, as well as amazing shopping and fantastic live entertainment for the little ones. Plus fantastic features, such as Baby Feeding and Nursing Room, ton of exciting stage activities with prizes galore and expert seminars
By The Concept Exhibition (M) Sdn Bhd


Note : Cam biasa exhibition kat Mid ni selalunya besar dan boleh review kat sini...dinasihatkan pergi awal pagi sebab pagi-pagi buta lagik org dah tercongak kat situ tunggu shutter bukak! Banner pun dah terpaku kat dpn office nih


Smart Kids April 2013 PWTC

Smart Kids April 2013 Putra World Trade Centre
19th April 2013 - 21st April 2013
Putra World Trade Centre
Admission : FREE


Mom & Baby Expo
8 - 13 May 2013
Mid Valley Exhibition Centre Halls 1, 2 & 3 Foyer
Organiser : Today Publishing Sdn Bhd


Parenthood Expo August 2013 - Midvalley
16 August 2013 - 18 August 2013
MidValley Exhibition Center, Kuala Lumpur.
Admission : FREE
*This event to be confirmed


Parents and Kids Expo 2013
30 August -1 September 2013
10.30a.m. to 9p.m.
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
By Harenet Communications Sdn Bhd


Mom & Baby Expo
25 - 27 Oct 2013
SACC Mall, Shah Alam
Organiser : Today Publishing Sdn Bhd


IBEX August 2013 - Midvalley 


IBEX (International Baby Expo) 2013
15 November 2013 - 17 November 2013
Where : Kuala Lumpur Convention Centre
Admission : FREE
Info disini


Sumber : google & mamafc.com

Sunday, December 2, 2012

Resepi 8 Bulan


Resepi 8 Bulan

BREAKFAST

1) Oat + Kismis / kurma

  • Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
  • Masak sampai kembang.
  • Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...

2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) Puri sayur / puri buah (refer resepi cadangan solid food 6 bulan)


LUNCH

1) nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam

Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) kentang + bilis

rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu

ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

TIPS
****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****


INFO DARI PUAN HANA SEMA

Resepi 7 Bulan

Resepi Umur 7 Bulan

Breakfast

1) Puri kentang

  • Rebus/Kukus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
  • Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.
  • Kemudian,blend dia hingga hancur.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) Puri brokoli (sama mcm puri kentang)

4) Puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) Puri epal (sama mcm puri kentang)

6) Puri pisang (sama mcm puri kentang, cuma pisang tak perlu dimasak)

7) Puri betik (sama mcm puri kentang, cuma betik tak perlu dimasak)


Lunch

1) Bubur + sayur + bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu rebus/ kukus dulu dah. Just masak dan blend sampai halus...

2) Bubur + sayur + ikan
Masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.

3) Bubur + sayur +  ayam/daging (sama macam resepi 2 (ikan))
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.

Bila bayi boleh makan?

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi

- Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

- Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

- Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

- Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

- Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

- Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.


Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu

- Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

- Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

- Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

P/S : Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

Sumber : Ditulis oleh HANA, user di susuibu.com, RATU HATI & Facebook..

Sunday, November 11, 2012

Perkembangan Berat Hannan

0 Month
Weight = 3.05kg ; Length = 45cm

1 Month
Weight = 3.8kg ; Length = 47cm


2 Months
Weight = 4.5kg ; Length = 52cm


3 Months
Weight = 5.1kg ; Length = 56cm

4 Months
Weight = 5.4kg ; Length = 61cm


Hospital Bersalin & Caj (Gov Hosp)

Caj Hospital merupakan salah satu menda yang sering menghatui terutamanya bagi ibu² yang mengangdung untuk memilih tempat bersalin yang selesa dengan kos yang murah...hasil review aku terhadap hospital² yang mungkin menjadi shortlist aku untuk bersalin nanti...so aku senaraikan yang berdekatan dengan rumahku untuk rujukan korang semua jugak...

Untuk Senarai Penuh semua hospital kerajaan boleh dilihat di sini - Klik Sini

1- Hospital Putrajaya
Caj Wad Biasa - Klik Sini
Caj  Full Paying Patient Scheme (FPPS) - Klik Sini

Note : Hospital Putrajaya adalah juga salah satu daripada dua di negara ini menawarkan skim Pesakit Bayar Penuh di mana pesakit boleh memilih untuk menerima semua kemudahan sebuah hospital swasta. Kalau ada duit lebih better buat yang ini...hanya bayar pendahuluan RM3000 dan sekiranya caj kurang maka wang yang lebih akan dikembalikan...sekiranya caj lebih...maka terpaksala anda menambah sejumlah wang...kalau czer rabak jugakla poket  ^_^


2- Hospital Selayang
Caj Wad Biasa adalah sama seperti Hospital Kerajaan yang lain...Sebuah lagi hospital kerajaan yang manawarkan Full Paying Patient Scheme (FPPS)


3- Hospital Kuala Lumpur
Caj Wad Biasa untuk warganegara

MALAYSIAN CITIZEN
Ward Class
Medical
Surgery
Maternity and O&G
First class
RM 700
RM 1100
RM 800
Second class
RM 200
RM 400
RM 350
Third class
RM 20
RM 30
RM 15

Note : Untuk rujukan penuh boleh refer website HKL kat link yang aku letakkan atas tu. Aku pun bersalin kat sini disebabkan review yang mengatakan di sini terdapat ramai pakar dan kapasiti untuk menampung pesakit banyak berbanding hospital² lain...korang bolehla baca pengalaman aku bersalin kat HKL kat sini (Diambang Kelahiran) dan sini (Detik Yang ditunggu)

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Faktor pemakanan menentukan jumlah kuantiti susu yang dapat dihasilkan oleh badan. Bagi ibu² yang mengamalkan penyusuan eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun, kesabaran dan diet pemakanan perlu diutamakan. Disini aku kongsikan cara² memperbanyakkan susu untuk panduan semua dan panduan diri sendiri jugak.

Pemakanan :
1. lobak putih - ini ibu amalkan kalau nampak susu sangat merudum..makan diret 3 hari. Resepi berasaskan lobak putih ibu kongsikan disini - recomended 

2. ikan (semua jenis ikan ikan yu, ikan sardine, tuna, salmon)
3. buah kurma
4. jantung pisang
5. kucai +tauhu+tougeh
6. petola
7. kentang rebus
8. longan kering
9. roti
10. biskut marrie
11. daun turi
12. susu/ soya 


13. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
14. pegaga
15. cheese
16. sawi
17. kacang buncis

Minuman :
1. air masak - ibu bawak air 2 liter setiap hari sebagai bekalan di tempat kerja
2. susu - ibu sendiri pernah try dan memang berkesan...kalau boleh setiap hari breakfast amik  susu / soya / milo...so tinggalkan la nescafe dipagi hari...huhu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik/honeydwe
10. rebusan buah pala
11. spirulina
12. air kelapa - tak berani nak minum takut kembang urat...huhu
13. rebusan air halba

Supplement yg perlu ambil :
1. omega 3
2. obimim
3. kalsium
4. vitamin c

Utk urutan plak :
1. sikat setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing.... kanan dan juga kiri
2. cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3. kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(baca selawat dulu)...insyaallah

Masa pengepaman :
1. cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2. mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalo kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3. bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, dia akan mengeluarkan susu baru
4. sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5. jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
*sebelum pam saya pakai sikat kalo susu penuh sangat


Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1. Domperidone*
2. Maxolon
3. Metoclopramide (boleh jadi depression)
4. Motilium
5. Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara lain :
1. baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu.
2. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3. tuam tuala suam ke atas payudara
4. urut belakang
5. urut kat payudara
6. sentiasa berfikiran positif
7. invest pada pam susu yg berkualiti (recommended avent, medela, spectra)
8. Kerap menyusu bayi - macam ibu kena kerap pam sebab anak ibu si hannan ni hisap ebm / susu perah je
9. kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati - bila hati xtenang susu merudum...
10. doa
11. Tawakkal

Note : semua yang ada tanda  kat atas tu ibu dah pernah try...so apa yang paling penting adalah keyakinan kita...paling mencabar bila anak kurang sihat maka makin kerapla kita perlu susukan dia


Carta Perkembangan Anak Anda

Usia, pemakanan dan perkembangan


Usia, ketinggian dan berat

Usia dan keseluruhan perkembangan 



Sumber : google

Wednesday, November 7, 2012

Makanan Untuk Otak


Makanan Untuk Otak

1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 24 Oktober 2012

Tuesday, November 6, 2012

Online Barang Bayi

Kat bawah ni merupakan listing barangan yang dijual (online) mengikut keperluan

Pakaian 

QT Buy : Animal Costume - untuk penggemar costume yang comel-comel
Suri Cruise - baju-baju dia up to date ok...sangat cantik
Mom's Gallery - baju cotton yang cantik dan selesa

Pelbagai (hit FB up to 10,000)
One Baby World (OBW)
Babydash
Baby Totz
Fabulous Mom - Website , FB

Alatan / Permainan 
Kids.net.my 

Note : Lain-lain info boleh refer di sini . Most list yang ada kat situ adalah kedai online

Wednesday, October 31, 2012

Tips Permulaan Pemakanan Bayi


Resepi Umur 6 Bulan

Guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasiAmbik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tapi saya prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.

Sumber : PIICM

Tuesday, October 23, 2012

Mainan Yang Sesuai Mengikut Umur

Pernahkah anda terfikir yang mainan juga memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan mental kanak²...so jom review apa yang sesuai untuk anak anda jika sekiranya ada bajet lebey

Age 0 - 2 Bulan
Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.

Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter (lapan hingga 14 inci) daripada matanya.

Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.

Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.


Playgym

Wrist Rattles Hands Foots finders

Musical Mobile

Stroller Toy



Age 3 - 6 Bulan

Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.

Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula memasukkan barangan ke dalam mulutnya.

Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak mudah tanggal.


Age 6 - 9 Bulan

Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.

Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang bergerak serta buku.

Rock Stack

Age 12 - 18 Bulan

Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.

Dia juga lebih berminat kepada bentuk permainan interaktif antaranya bercakap di telefon serta mula memahami perkataan serta nama objek tertentu. Antara bentuk mainan yang disarankan ialah bola, telefon mainan serta buku.


Barang²
- Simple Dimple
- Lamaze
- Fisher Price

Note : Sumber; Google & Harian Metro

Wednesday, October 17, 2012

Cadangan Starting Solid Food

Umur yang paling sesuai untuk memulakan makanan pejal adalah antar 4-6bulan...cadangan aku adalah untuk masak bubur beras perang dengan EBM

Cara untuk masak beras perang
1 - Sangai beras atau istilah lainnya goreng tanpa minyak atas pan sampi beras betul² kering...boleh juga dicampur dengan beras biasa untuk meneutralkan rasa nasi
2 - Kisar beras tersebut
3 - Selepas itu ayak untuk dapatkan tesktur yang lebih halus (Selepas itu boleh simpan) - Ni optional...kalau xnak ayak pun boleh gak
4 - Masak beras mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa. Tp kalo nak campur dengan EBM biar macam masak nasik je
5 - Masukkan 3 biji kismis
6 - Siap masak campur dengan EBM
7 - Tunggu sampi sejuk, then sedia untuk dimakan

Tuesday, October 16, 2012

Panduan Ibu : Barang yang perlu dibawa ke rumah pengasuh

16 Oktober...mulala episod kerja aku dan bermulalah episod hantar baby Hannan ke rumah pengasuh...mula² pening pikirkan barang apa yang perlu dibawa...google pun xde banyak advise...so sbb tula aku decide tulis entry nih untuk share dengan semua hasil survey yang aku buat pada kawan² aku yang dah berpengalaman...

Barang untuk tinggal terus :
- Lampin pakai buang (pampers) dalam 20keping atau boleh jugak nak kasi 1pek besar tu...tapi takut umah dia xde space banyak
- Towel untuk kegunaan seminggu...hujung minggu aku amik bawak balik umah utk basuh
- Bedak botol besar

Barang yang bawak hari² :
- Lampin 2 helai
- Baju 3 atau 4 helai
- Sapu tangan
- Barut utk pakai malam
- Mitten & Booties
- Minyak Urut Bayi
- Set mandian, lotion
- Botol susu . botol air
- EBM untuk baby yang menyusu badan (dalam 6 botol ); tiap² botol aku dah sukat 3oz utk sekali minum ; semua aku masukkan dalam cooler beg

So hari² aku bawak semua nih...petang mase amik baby Hannan akak yang jaga tu akan kasi baju kotor dalam plastik yang dah aku prepare...so far alhamdulillah semuanya ok

Monday, September 3, 2012

Detik yang ditunggu

17 Aug 2012..start pkul 8+ contraction pun mula..aku sempat minum horlick fiber ngan mkn biskut sayur je pg tu..xlalu dh rasa nk jamah mende lain..pad pun dh byk kali tukar..drh byk sgt..harap sgt dpt bersalin harini jugak..nurse yg seluk2 tu pulak marah2 bilaminta check bukaan..ingat aku nk sgt ke kena seluk kalo xsakit?!geram btl tp sabar jela..tu yg hubby aku salu pesan..

Start tghari contraction dh makin kerap..dr yg melawat pg td pun ckp nk xnk ptg ni kena deliver gak sbb dh nk ckup 24jam..nurse2 n dr makin ramai lak berkumpul kat katil aku sbb sakit aku dh makin kuat..tp jln yg bukak cuma 3cm dr smlm lg x tambah2 pun..mak, kakak, abg ipar, adik2 ipar, papa, mama semua ada..mmg rasa sakit yg amat sgt time tu hingga buatkn aku rehidrate n tpaksa dmasukkan air..hubby sentiasa pujuk aku supaya bsabar..

Pkul 2ptg+ stil ramai lg staf yg tlg urut perut..check ctg..buang bladder penuh..sbb aku dh xdaya nk gerak rasanya..last2 tpaksa call sorng dr cina yg comel mai observ aku..drng bg pilihan nk ke labour dlu utk test bersalin normal or trus nk czer..time tu aku pk baby je..dr buang msa nk teran2 n baby lemas..bek aku trus czer..biar aku yg sakit xpe..dr baby yg sakit..so dlm kul 4+ derang siapkan aku ngan pakaian utk masuk ot..trus tolak ke ot..bius..n tepat kul 5.43 ptg lahirla Hannan Zaleekha yg gebu seberat 3.05kg..syukur semuanya selamat..



Sunday, September 2, 2012

Di ambang kelahiran Hannan Zaleekha

Tanggal 16 Aug air ketuban pecah lps aku ke toilet nak terkucil..time tu kul 6.45pm lebey kurang cmtu la..aku xsedar..tp air yg kuar tu panas je mengalir kat kaki..makin lama makin byk lak..dengan air yg berjurai2 turun aku lari kepintu depan sbb dgr hubby tgh bukak gate time tu..dlm hati syukur sgt sbb jd time hubbygdh blik kje..nasib jugaklah aku pun apply cuti awal, 15 Aug..

Bila kat pintu aku pun jerit 'bie, air dh pecah!'..'hah yeke.'..dia pun lari masuk umah tgk keadaan aku yg mmg lencun ..umah jgn ckp la..dr toilet dapur ke pintu dpn penuh aisepanjang jln..hubby terus letak semua juadah puasa yg dia dh tapau kat atas meja..pastu lari naik  tangga amik apa yg patut..then masukkan bekalan kt dlm keta..then pakaikan aku baju dan terus gerak ke hkl..dlm keta abis lencun..tp nasib la air ketuban tu xbau..nk ke sana lak mmg jem time tu..almaklum la org lain sibuk nk ukak puasa..aku lak time tu la kalut nk bersalin..

Sampi je kat HKL trus ke  bhgn registration..abis ruang menunggu dlm tu penuh dgn air ketuban aku ja..lma jugakla nk setel..dh dkt 10pad n 4helai kain tkr..sempat kenal2 ngan 4 5 org yg tgh tgu turn nk admit gak..dkt kul 10pm gk baru setel semua menda..sakit upanya kena seluk! rasa cm nk tendang je nurse tu!

Masuk wad 2A..hubby sempat watkn horlick fiber sblm dia blik..dpt ciuman sblm blik..sedey lak rasa kne tinggal..walaupn dlm blik tu ada 3 org lagik patient len..mlm tu mmg xleh tdo..ngadap bgnan istana budaya je tgk lampu2 mlm..dgn harapan esoknya kuarla anak yg dtunggu selama 9bln..bersilih ganti nurse yg dtg amik drh la..cek bp la..wat ctg..tadah jela..xingat kul bpe tp sempatla terlelap kejap..

Sunday, July 15, 2012

Buasir Ketika Mengandung


Buasir Ketika Mengandung
Ramai di kalangan wanita hamil menghidapi masalah buasir (hemeroid) sering berlaku kepada wanita hamil & wanita berpantang. Buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Ianya juga boleh berlaku kepada anak gadis atau kaum lelaki tetapi risikonya lebih kepada wanita hamil disebabkan tekanan janin terhadap saluran vena (darah) pada dubur. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan seterusnya kerja² penghadaman menjadi semakin lambat dan mengakibatkan najis mengeras....
Jenis Buasir 

1) Buasir dalaman (prolaps) iaitu tertumpu di bahagian dalam saluran rektum...dimana tidak menyebabkan sakit atau gatal kerna terletak jauh di dalam saluran rektum...namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mendatangkan kecederaan bengkak sediada sehingga mengakibatkan pendarahan...

2) Buasir luaran iaitu bengkak terjulur keluar dari lubang dubur tersebut dimana cenderung kpd simptom sakit, pedih & gatal...jika tersepit, bekalan darah ke saluran dubur ini akan terhalang sehingga mendatangkan kesakitan...tp ada juga kes kedua² buasir boleh berlaku dgn serentak...kasihan...


Tanda Buasir :
- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Batuk yang teruk
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Hamil
- Bersalin

Punca Buasir : 

- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Batuk yang teruk
- Hamil
- Bersalin

Pencegahan : 
- Dapatkan nasihat mengenai corak pemakanan yg sihat
- Kurangkan makan makanan yang pedas
- Perbanyakan makanan tinggi berserat ; buah, sayur & bijirin
- Minum air kosong 8 gelas sehari (walaupun ada stgh org kata mnm air yg byk x elok utk org berpantang)
- Tingkatkan kebersihan spt cuci sekerap yg mungkin dan menggunakan sabun n air yg bersih
- Berendam di dalam air suam selama 15minit pn bagus utk mengurangkan buasir
penggunaan garam mandian yg blh dibeli di farmasi

Kaedah Rawatan : 
Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
- Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
- Rendam punggung anda dalam air suam.
- Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
- Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.
- Benzokin dapat mengurangkan kesakitan
- Noradrenaline dapat mengecutkan salur darah yg bengkak
- Salap petrolatum (gliserin) dpt mengekalkan kelembapan di kawasan buasir tersebut
utk buasir dalaman perlu menggunakan ubat supositori atau paip utk kaedah rawatan
- Berjumpa doktor sekiranya semakin teruk

Rawatan Tradisional :
- Penggunaan herba dlm bentuk tablet
- Bertangkas dari pelbagai jenis daun herba terutama pegaga akan direbus di dlm periuk dan pesakit akan duduk di atas periuk dimana akan mengecutkan bengkak tersebut
- Guna minyak gamat asli bagi menyembuhkan luka
- Ada juga sesetengah pengamal tradisional menggunakan kuda laut kering untuk merawat buasir


Amalan Yang Perlu Dihindari :
- Nenas, keladi, kacang (tak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu saja)
- Jangan berdiri terlalu lama.
- Jangan duduk juga terlalu lama (contoh setiap 1 jam cuba bangun berjln²)
- Hindari duduk bertinggung/mencangkung.(Jika guna toilet lebih baik guna yg duduk)
- Elakkan makan yg pedas juga berempah seperti kari dan sebagainya.
- Elak minum teh,kopi atau alkohol (boleh merangsang usus).
- Elakkan mengangkat bebanan yg agak berat.

Makanan Yang Disarankan :
- Kategori bijirin spt cornflake,oat,nestum.
- Roti gandum
- Sayuran² berserat tinggi (Sumber Sayuran Berserat). Cth ; bayam,daun selada (lettuce), karot, buncis, sawi hijau, kubis, seleri, mentimun, labu kuning dan paprika)
- Buah²an berserat tinggi cth ; tembikai, epal merah, melon, buah naga,belimbing, pir hijau, jambu biji merah, betik, nenas, pisang, avakado, laici, mangga dan tomato,buah tin segar dan masih basah jika dimakan dikatakan dpt menghilangkan buasir juga. Selain itu buah ara fig(fin)..namun tidak diketahui bentuknya atau nama lain juga dikatakan elok dimakan.


Note : Tertulis entry nih sebab aku sendiri mengalaminya...so terpikir pulak untuk mencarikan rujukan dan sumber untuk dijadikan rujukan...

Wednesday, July 11, 2012

Berapa Berat Bayi Anda?

Kadang-kadang kita mesti tertanya-tanya berapa berat bayi kita setiap minggu...xkan tiap² minggu nak pegi scan kan?rabakla poket...huhu...jom lihat carta EFW atau anggaran berat bayi anda bermula dari minggu ke 16 (4 Bulan) usia kandungan

Minggu / Berat (EFW)
16 - 146g (5oz)
17 - 181g (6oz)
18 - 223g (7oz)
19 - 273g (9oz)
20 - 331g (11oz)
21 - 399g (14oz)
22 - 478g (1lb)
23 - 568g (1lb 5oz)
24 - 670g (1lb 7oz)
25 - 785g (1lb 11oz)
26 - 913g (2lb) ~ lebey kurang sama dengan scan aritu
27 - 1055g (2lb 5oz)
28 - 1210g (2lb 10oz)
29 - 1379g (3lb)
30 - 1559g (3lb 7oz)
31 - 1751g (3lb 13oz)
32 - 1953g (4lb 4oz)
33 - 2162g (4lb 12oz)
34 - 2377g (5lb 3oz) ~ lebey kurang sama dengan scan aritu
35 - 2595g (5lb 11oz)
36 - 2813g (6lb 3oz)
37 - 3028g (6lb 10oz)
38 - 3236g (7lb 2oz)
39 - 3435g (7lb 9oz)
40 - 3619g (7lb 15oz)

Note : sumber baby2see

Tuesday, July 10, 2012

Survey Tadika area Subang Jaya

Update Terkini 2015/2016
Jom survey harga yuran untuk tadika khususnya area yang berdekatan dengan Subang Jaya / USJ, sebab umah kami dekat area sini... perancangan awal bagus untuk planning kewangan pendidikan anak²...Insyallah Moga Perkongsian ini dapat di manafaatkan oleh ibu bapa yang mementingkan pendikan awal anak-anak...

1- Tadika Krista (sebulan RM250)

Krista Pinggiran USJ
No. 2, Jln Pinggiran USJ 3/7, Taman Pinggiran USJ, 47600 Subang Jaya, Selangor
Email : tadikamanjaceria@gmail.com
Person in charge : Zairoha Abdul Ghani @ Ann
Tel : 03 - 5162 4360 H/P : 019 - 611 9671

Subang Jaya
Krista Putra Heights
No 33, Jalan Putra Bistari 2/1S Putra Heights 47650 Subang Jaya, Selangor
Email: jpoonga@yahoo.com
Person In Charge : Ms. Poonga
Tel : 012–201 2276/Fax: 03-5636 1422


Note : Dah review, xde yang dekat dengan area Subang Jaya (SS19)

2) Little Caliph Kindergarden (sebulan RM300)

 Menerima pelajar 3+ hingga 6 tahun

Subang Jaya
TADIKA KHALIFAH CERDIK
No 1, Jalan Pinggiran USJ  1/3,
Taman Pinggiran USJ,
47610 Subang Jaya,
Selangor
Person In Charge: Puan Nurul Sulastri binti Abd Rahman
Tel: 012-907 0744/ 019-915 0744
Email: khalifahcerdik@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/LittleCaliphsTPUSJ

Sunway, Petaling Jaya
TADIKA KHALIFAH MENTARI
12A-2, Jln Pjs 8/2, Sunway Mentari Business Centre, 46150 Petaling Jaya, Selangor .
Person In Charge : Pn Sharifah Abu Bakar
Tel : 012 3485767
Email : khalifahmentari@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/tadikakhalifahmentari

Note : Dekat jugak dengan umah, ter


3- El-Khawarizmi Little Muslim

No. 1 Jalan Prima 2/3 & No. 2 Jalan Prima 2/4, Taman Puchong Prima, Selangor.
No. 16 Jalan PU 8/1B, Taman Puchong Utama, Selangor.


4- CIC (Children Islamic Centre) (sebulan RM250)
CIC Taman Tasik Prima,
No 5-2 & 6-2, The Wharf, Jalan Tasik Prima 5/1,
Taman Tasik Prima, Puchong
(Above Klinik Alam Medic and My Mydin)
Yuran pendaftaran : RM460 (Program 2-3tahun, Playschool)
Bulanan : RM250

5- Q-Dees (ada mandarin) (sebulan RM360)

Subang - Subang Jaya SS 17 (Tadika Tekad Maju)
No. 1 Jalan SS17/3A,
47500 Subang Jaya, Selangor
Contact No :
012-6449373 - Khavita
03-5638 9411 (TEL)
03-5637 3771 (FAX)

Subang - Subang Jaya USJ 18
No. 2, USJ 18/1C,
47630 UEP Subang Jaya, Selangor
Contact No.:
03-8024 2337 (TEL)
03-8024 7170 (FAX)

Subang - Subang Jaya USJ 1
No. 2, USJ 1/1E,
47600 Subang Jaya, Selangor
Contact No.:
012-671 3464 (HP)

Yuran pendaftaran : RM928.00
Bulanan : RM 360 dan 4 bulan sekali kena bayar lebih kurang RM 500

Note : Dekat jugak dengan umah, tapi agak mahal nak compare dengan yang lain


6- Tadika PASTI (sebulan RM67)

Mentari Court B-G-26 (sebelah dia Tadika ABIM)

NO 1 JLN WAWASAN 2/20, PUSAT BANDAR PUCHONG
TEL: 03-5882 2924 (OFIS), 019 2617276 (KAK YAH),
013-341 7204 (EN.SYED)
Yuran Pendaftaran : RM170
FB : https://www.facebook.com/PASTI-Malaysia-231731987231


7- Tadiki ABIM (sebulan RM100)

 B-G-25 Mentari Court, PJS 8/9 Bandar Sunway

Yuran Pendaftaran :
- Pendaftaran RM 50
- Yuran Bulanan RM 100
- Buku teks + latihan (setahun) RM 100
- Alat-alat Tulis untuk setahun RM80
- Yuran Peperiksaan (P1, P2) RM 40
- Uniform 1 pasang RM 40
- Baju Sukan RM 35
- Majlis Penyampaian Sijil RM 35    = TOTAL : RM 480
Hubungi : Ust. Ramadan 011-1588 8109

FB : https://www.facebook.com/Taski-Taska-ABIM-Petaling-127009664034419

Note : Sangat Murah dan releven. suma keadaan persekitaran yang sedikit susah untuk mereka yang tinggal luar dari kawasan Mentari Court ni...

8- R.E.A.L Kids - (sebulan RM300)


No. 3, Jalan USJ 12/2, ,
47600 Subang Jaya,
Selangor

No. 25-27, Jalan Putra Indah 9/16,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya.
03-5192 0513

--------------------------------------------------------------------------------------------

No. 109, Jalan SS19/4, SS19, 47500 Subang Jaya, Selangor
realkids_ss19@real.edu.my
+603 5633 1448

Principal
Ms Chris Wong

Programmes Available
R.E.A.L Kids Plus
R.E.A.L Kids Tots

Full Programme
Half Day Programme
English Medium
Mandarin Medium
Extended Programme
Other programmes also available

Opening Hours

Monday – Friday 8.00am – 5.00pm
Saturday 9.00am – 12.30pm
Sunday & Public Holidays Closed

Facilities
Swimming Pool
Multiple Intelligences (MI) Room
Playground with Water & Sand Play / Jolly Mural
Gym
Music Room
Library Tots Building
Culinary Area
Wall Art
Garden
CCTV / Security Guard
Transportation Contacts Available

Yuran Pendaftaran : RM1000++.
Bulanan : RM300

Note : Kalau nak environment atau persekitaran yang cantik inilah tempatnya sebab REAL ni tengok dari depan pun dah WOW

9. Genius Aulad (sebulan RM268)

52-1 Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri,
Puchong, Selangor,Malaysia
bputeripuchong@geniusaulad.com.my
03 - 8063 5351 (tel)03 - 8063 5350 (faks)
017 - 6201 663(hp)

Yuran Pendaftaran (1st payment) : RM1128
Bulanan : RM268

10- Smart Soleh Integrated School

Smart Soleh Puchong
No. 51, Jalan PU5, Taman Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor DE
Tel: 019-2333908


11- Smart Reader Kids (sebulan RM295)

93, Jalan Ss19/4a, 47500 Subang Jaya
Selangor
Phone : 03-5632 0772

No.23A (1st Floor) Jalan SS14/1, 47500 Subang Jaya
Phone : 03-5634 7757

13-2, Subang Business Centre, Jalan Usj 9/5q, 47610 Subang Jaya, Selangor
Phone : 03-8024 7757

No. 14A (1st Floor), Jalan Tempua 2A, Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Malaysia
Phone : 03-8076 6757

Yuran Pendaftaran : RM1000++.
Bulanan : RM295
Info : http://www.smartreaderkids.edu.my

Note : Dekat jugak dengan umah, jiran aku dah pegi register anak dia, dia cakap kat sini complete semua dia ajar sekali ngan mengaji...bagusla xpayah serabut nak pikir mana nak antar sekolah, antar mengaji lagik...+ mandarin pun ada =)

Smart Reader Kids (Smart Tadris) -  (sebulan RM295)

SS14, Subang Jaya
Wati (Datin) 012-3147900

12-Beaconhouse (sebulan RM680)

Beaconhouse Subang Jaya
No 27, Jalan SS19/2, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 603 5632 9622
Email : subangjaya@beaconhouse.edu.my
Yuran depend pada branch dan pakej

Yuran Pendaftaran : RM3000++.
Bulanan : RM680
Info : http://www.beaconhouse.edu.my


13- Brainy Bunch Islamic Montessori School (sebulan RM250)

Islamic Montessori BTHO
Brainy Bunch Islamic Montessori School

Brainy Bunch Elementary Montessori
G-04-01, 1st Floor One City @ USJ 25, 47630 Subang Jaya, Selangor
012-777 3849

Brainy Bunch Subang Jaya
No. 11A, Jalan SS 17/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
03-5612 6306
019-268 0199
FB : https://www.facebook.com/BrainyBunchSubangJaya



Note : Dekat jugak dengan umah, tapi xberapa berkenan sebab kat shoplot...sebab terpikir camna pengudaraan kat sana?...hehe


14- Little Inventor Pre-School (sebulan RM270) - Chinese

No. 2, USJ 4/1K, USJ,
47650 Subang Jaya.
Tel : 03-5635 3588

Nursery
Time : 8.30 a.m. ~ 12.00 p.m. »   Monday to Friday
N2 : 3 Years old (2008)
N1 : 2 Years old (2009)

Day Care
Time : 12.30 a.m. ~ 6.00 p.m. »   Monday to Friday
2 ~ 6 years old

15- Nur Kids - Islamic Base (RM270)
👫 Anak anak berumur 2 & 3 tahun (Kategori Playschool)
👫 Anak anak berumur 4,5 & 6 tahun (Kategori Tadika)

Yuran :
1st Registration : RM1200
Halfday : RM70
Fullday : RM270 + RM140 = RM410
Masa operasi: 7.00pg-7.00ptg

Lokasi:
No 2, Jalan USJ 2/2G, 47600 Subang Jaya, Selangor
(Berhadapan SUMMIT USJ)
014-6443252 (Cikgu Murni)

16- Tadika Islam Masjid Darul Ihsan  (RM 200)
Tadika ni bawah seliaan Masjid Darul Ihsan dekat SS15. Under Sekolah Menengah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan (SMIIMDE)
03-56310800 / 03-56380486
Yuran Bulanan : RM 200
1st registration : Below 1K
Pendaftaran : Dibuka pada Nov / Dec setiap tahun
Cuma pergi ke sekolah dan bawa sijil kelahiran

Note : Insyallah akan dipertimbangkan dan dalam list

17- Tadika Adalaf  
1,Jln Usj 2/2N, Subang Jaya
IG : (@adalaff_kids)
January 2016 👫Childcare - daycare - transit Email: adalaff.kids@gmail.com #adalaff #adalaffkids
012-9330018 / 019-2600186

17- Tadika Eden 
Established in Penang in December 1966. Eden shifted its operation to Subang Jaya, Selangor in January 1977.
No. 37, Jalan SS 19/4A
Subang Jaya, Selangor 47500
Malaysia
Tel: 03-5634 2617

16- Tadika Tinta Emas (RM 280)
👫 Full day / Separuh hari / Day care (4,5 & 6)
SS14 Subang Jaya (Depan SK Subang Jaya)
Tadika ni adalah cawangan daripada HQ di Seksyen 9 Shah Alam (Owner dengan admin dia kat  sana).

Note : So so sebab owner dia sangat cerewet dan xpandai jaga kebajikan staf...sebab tu ramai cikgu cikgu dia berenti... ada ke patut dia boleh marah cikgu-cikgu and staf depan parent and student? oh my...

19- Pendidikan Prasekolah 
Boleh Refer kat SINI untuk info sekolah yang menawarkan    
SK SS19 Subang Jaya termasuk dalam list (SS19/6)
SK Subang Jaya pun ada (SS14/5)
SK Sri Subang Jaya pun ada (SS14/8)

Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM adalah merujuk surat : KP(PUU)10074/02/9/Jld.3(58) bertarikh 6 Mac 2002 dan KP(BS)/(PSR)8502/10/Jld.Vll(8) bertarikh 29 Mac 2002.

i) Warganegara Malaysia sahaja. (Merujuk kepada penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).
ii) Kanak-kanak yang mencapai umur lima (5) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
iii) Keutamaan pemilihan berasaskan kepada merit pendapatan ibu bapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ‘ranking’  pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.
iv) Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang.
v) Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

    Kemasukan ke Kelas Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tarikh mula pendaftaran                                         :               1  Jun tahun
    Tarikh tutup pendaftaran                                         :               30 September
    Surat tawaran masuk                                             :               11 November
    Jawapan penerimaan tawaran                                 :               30 November
    Pendaftaran masuk kelas                                       :               Sesi persekolahan tahun berikutnya

Note : Semua sumber adalah ihsan Google dan hasil Survey Kami sendiri. Sebarang Maklumat / Info lanjut boleh contact tempat tersebut. TQ . 

Untuk senarai sekolah-sekolah agama dan KAFA di seluruh malaysia boleh rujuk sini www.islamiceducation.my

TIPS : Dalam apa-apa pun pemilihan tadika terutamanya tadika swasta, anda dinasihatkan betul-betul faham polisi sekolah tu. Antara benda yang kena take note dan jarang sekali disebut:

1. Waktu persekolahan dan charge overtime jika terambil lewat. Ada yang charge RM6-RM10 per jam.
2. Yuran persekolahan: Januari sehingga November atau Disember. Ada sekolah yang charge untuk Disember walaupun ketika itu cuti sekolah ye.
3. Silibus yang diajar: Ada perbezaan jika anak dihantar half day atau full day.
4. Other fees: Ada yuran yang include segala program termasuk trip, hari sukan, hari persembahan etc. Ada yuran yang buat seperate fees dan jadikan other programs tu sebagai optional.
5. Silalah cuba interview 1-2 cikgu yang mengajar di situ. Dari situ you boleh tahu samada ada keharmonian atau tidak di tadika tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post