Resepi 8 Bulan
BREAKFAST
1) Oat + Kismis / kurma
- Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
- Masak sampai kembang.
- Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)
3) Puri sayur / puri buah (refer resepi cadangan solid food 6 bulan)
LUNCH
1) nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.
TEA-TIME
1) kentang + bilis
rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu
ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.
TIPS
****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****
INFO DARI PUAN HANA SEMA
akak. salam. saya terbaca entry akak perihal kindergarten, boleh tak akak tolong saya dan jawab survey saya ni mengenai Keberkesanan senibina tadika dalam kawasan bandar.
ReplyDeletePlease.
Thank you. Your help is much appreciated.
Free Online Surveys : select, right click search.
http://freeonlinesurveys.com/s.asp?sid=hfmqc7bqe2v5gff168329