Wednesday, December 3, 2014

Resepi ibu berpantang...lagi

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

Kredit Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Monday, October 20, 2014

Warehouse Sale My Dear 2015

Warehouse Sale is Back...
Tarikh : 5 March - 15 March 2015
Masa : 9am - 7pm
Refer : http://www.mydear.com.my/



Tuesday, October 14, 2014

Supplement Ibu Mengandung

Hi semua, ibu yang pernah mengandung mesti tau kan supplement / makanan /mineral tambahan untuk ibu mengandung...supplement penting untuk elakkan bdan kita jadi letih dan sakit-sakit sendi  (macam ali baba p.ramlee plak) akibat / kesan dari serapan kalsium oleh orang baru dalam perut kita .... Antaranya folic asid (untuk kuatkan janin dan membantu tumbesaran dia), iron tablet ( untuk tambah darah merah sekiranya anda mengalami sindrom kurang darah...supplement ni boleh membantu), vitamin B – complex, dan vitamin C (ascorbic acid) ... tapi ibu hanya ambil susu, folic asid dan obimin



Note : Setiap supplement yang diambil mesti medapat nasihat doktor / mereka yang berpengetahuan tentang ubat...for me, just asking mother sebab dia ahli farmasi =)



Expo Baby 2014

Rasanya belum terlambat kot nak letakkan entry expo untuk 2014...walaupun dah masuk bulan 10...hehe


MOM & BABY Expo
Tarikh : 17-19 Oct 2014
Tempat : Midvalley Exhibition Centre Kuala Lumpur


8th Maternity & Children Expo
The Concept Exhibition (M) Sdn. Bhd.
Tel: 012-5261 860/012-699 6231
Fax: 03-6280 8684
info@tce.com.my
www.tce.com.my
Free Admission
Tempat : 21 – 23 November 2014
Masa : 10.00 am – 9.00 pm
Tempat : Midvalley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Ibu mengandung lagi?

2 3 minggu nih rasa lemau sikit...nak kuar umah pun cam malas je...yang peliknya nak merayap weekend ngan family pun rasa malas je...period baru lewat sehari...hati dah mula syak ada sesuatu merayap dalam perut...huhu... masa window shoping kat midvalley ahad Mr Hubby suh singgah beli pregnancy test kat Guardian...sebab kat watson tak banyak choice...dia ambik brand dip n tell sebab dulu pun test pakai yang tu...tapi masalah nya 'untuk period yang tak teratur'...Mr Hubby cakap blasah je...sama je pun...




So, ibu pun test maka hasilnya ...jeng jeng...positive...patutla time merayap rasa cam malas sangat...mungkin sebab masuk anak kedua maka persediaannya tak banyak, tak macam menyambut anak sulung...tapi exited tetap ada =)

Note : Tak nak menaruh harapan yang tinggi...cuma bersyukur dan berharap Allah pelihara kandunganku ini...Alhamdulillah rezeki...

Friday, October 10, 2014

Demam Clash of clans (COC)

Para penonton…
Bapak-bapak, Ibu-ibu, semuanya
Jangan heran kalau ibu sedang goyang...haha...mesti pelik kan camna ada entry camni...ni disebabkan kegilaan ibu terikut dengan adik Mr Hubby adik ipar yang suka main COC (salu dak laki je main game mende alah ni) ...


Dan paling merunsingkan ibu si HZ pun dah pepandai je nak upgrade war base ibu... hehe.. ape-ape jelah... yang penting jangan abiskan gem... tempek skit base ibu walaupun kecik je...haha


Latest news Mr Hubby lak terjebak dengan game nih... dah agak dah...ni mesti sebab hari-hari ibu ngadap i-pad je lepas abis keje (makesure semua keje setel sebelum mula projek serang-serang)... haha


Note : Moral of the story... tak semestinya kita sebagai perempuan xboleh involve dengan minat lelaki... xsalah andai tu boleh jadikan salah satu cara hiburan kita sesama family =) ... so ibu-ibu kat luar sana jangan marah kalau ada husband yang addict dengan game ni...tryla join derang skali... kalau dah terrer sok leh buat persatuan wanita...haaa...kelas kau jahhh ....tapi kalo dah tahap addict gaban tu boleh kot kalau nak sorokkkan device ...haha

Thursday, October 9, 2014

Tukar Puting Botol Susu?

Hi mummy, alkisah ibu nak cerita perihal anak dara ibu yang makin membesar nih...dulu ok je minum susu pakai botol MAM ni...saje menggatal tangan tukar botol MAM ni sebab dia boleh ceraikan part by part...dan banyak design yang comel...colourful plak tuh!


Makin lama bila gigi dah makin banyak sebulan sekali mesti berlubang puting botol susu tuh...mana taknye...berjalan pun menggigit puting botol!



Nak beli plak harga RM25-26 sebab pakai yang saiz 6+ Xcut...susah sgt nak cari type camtu...memang dah penah try brand lain yg seakan sama dengan puting silicone tu...tapi resultnye sungguh mengecewakan pabila dia sebut "parp parp" (bunyi itik) menandakan puting yang dia guna tu bentuk muncung itik!

Ni antara jenis-jenis yang pernah ibu try...brand jangan cakapla...babykiko, pureen, avent, anakku, disney...sebab MAM ni boleh fix dengan banyak brand puting yang wide neck

Perjuangan ibu hanyalah sia-sia sebabnye HZ masih nakkan puting lama dia brand MAM tu jugak... 

Note : Apa-apa jela HZ...janji kamu nak jugak minum susu...so relakan jela beli puting baru tiap bulan... =)

Thursday, September 25, 2014

Sale Susu Sustagen

Alkisahnya hari Rabu yang lepas sampaila pamphlet giant kat umah...belek punya belek hati kemain riang lagik...mana taknya, harga susu yang dah naik dari RM54 ke RM62 tetiba jadi RM53.99 kat giant! Maksudnya kembali ke harga lama! Oh..riang berbunga la hati ibu nih...


Esoknya 25 Sept...gaji Mr Hubby masuk...so lunchtime je terus serbu gi giant KJ dengan niat nak cari susu... whatapp Mr Hubby cakap nak pegi giant KJ...then dia cakap 'Good Luck' n ketawa... sampai je sana terus je meluru cam peluru ambik bakul n pergi rak susu...hancur luluhnya hati bila tgk yang ada cuma sustagen 3 & sustagen 6...
Malam tu jugak Mr Hubby ajak gi giant USJ...dan borongla 2 kotak...limit 3 kotak / person...Since susu dah tukar packaging baru nih...harganya cam melampau plak...dah pernah nak balik pada susu lain... tapi HZ cam nak xnak je minum...so Mr Hubby ckp tak pe...bagi je apa yang dia nak...

Truback kes mencari susu nih...sabtu sebelum ibu beli susu nih...sebuah pasaraya yg besar kat Sunway Pyramid telah jual susu yang expired...ha acener tu??susu tu expired 16/9/2014...time ibu pegi situ 21/9/2014...tak tau la kalo tu salah satu star-tegi strategi derang...bayangkan kalo anak-anak yang terminum...kesian kan... Ibu pun sempat beli sekotak tapi yg tarikh expired bulan 12/2014...sebab pikirkan susah nak cari susu rege camtu...

Note : Time membeli susu...jangan lupa tengok tarikh expired...jangan tak tau...lampin pakai buang pun ada expired gak =)
Info : Susu lain pun ada sale gak sampai bulan 10 kat Giant

Putrajaya Parents & Baby


Event Summary :
FREE Admission ! Be part of Putrajaya largest consumer show for Parents, Baby and Kids products!

Tempat :
Putrajaya International Convention Centre (Unity Hall B1 & B2)
Presint 5, Putrajaya,

Masa :
10.00 pagi - 9.00 malam

In tag line with Healty, Education and Happy Lifestyle, this carnival will be accompanied by various agencies from the health, education and entrepreneurs of mums and baby product.

Event Highlights :
Activities Game
Talent show
Purchaser rewards
Workshop & Seminar
Stage actvities


More details kindly contact 03-9201 7360.

Monday, April 21, 2014

Warehouse Sale Pureen

Eh eh... korang mesti banyak pakai product pureen kan?? Jom serbu warehouse dia!!

Date: 26 - 27 April 2014 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
(GPS Coordinates 3.093056, 101.564583)



Elakkan 'Jaundice' atau Demam Kuning Pada bayi Baru Lahir

RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk.

Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.

Bagi ibu, amalan pemakanan semasa mengandung paling penting dalam memastikan bayi yang lahir sihat. Alhamdulillah, berkat nasihat dan dorongan Mr Hubby banyak membantu ibu dalam menjaga pemakanan semasa mengandung.
1. Setiap pagi amalkan minum susu khas untuk ibu mengandung...ibu gantikan susu ni dengan nescafe... sebabnya sebelum mengandung memang hari-hari minum nescafe...disebabkan nescafe mengandungi kafein dan memang tidak digalakkan ambil...so ibu tinggalkan amalan minum nescafe

2. Elakkan makan makanan ringan... Mr Hubby sangat-sangat tekankan bab ni... memang sepanjang tempoh mengandung ibu tak dibenarkan minum air berkarbonat, kerepok (jajan), gula-gula dan seangkatan dengannya.. dengar macam kejam je kan? tapi percayalah... semua tu untuk kesihatan bayi.. serta kesihatan ibu dan anak


3. Banyakkan makan sumber dari kekacang (badam / mixed nuts), bayam (baik untuk pertumbuhan bayi) dan jangan sesekali teringin untuk minum air soya atau apa-apa saja yang berkaitan sengan soya.. sebab ia akan membuatkan bayi yang lahir alah pada kulit.

4. Minum air kelapa dihujung kehamilan... untuk pastikan kulit bayi yang lahir bersih dan tidak bersisik??(mengelupas)

5. Bila usia kandungan menjangkau 32 minggu.. amalkan makan anggur hitam...dan minum air sengkuang cina...
6. Makan delima... untuk anak yang sihat dan cerdas...

Semua amalan di atas ibu buat... dan alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan... Hannan Zaleekha lahir tanpa jaundice... warna mata dia pun putih dan cerah je xde warna kuning...betullah cakap orang... semuanya bermula dari pemakanan...sebab apa yang ibu makan ketika mengandung itulah juga yang dimakan oleh bayi... ala...kejap je pantang makan mende-mende ngarut tu...lepas baby lahir makan balik ye tak??hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post