Friday, August 21, 2015

Tukar puting botol susu berjaya! Ibu gembira

Last 2 week adik Hanaa dah masuk 2 bulan, kakak pulak dah nak masuk 3 tahun...tapi puting botolnya masyaallah...boleh kata tiap minggu nak kena tukar...masalah yang sama, dia gigit sebab MAM teats tu lembut...memula dia xnak gak...jerit² xnak katanya 'xnak ini...bukan Hannan punya...xbest'..pastu cakap slow² 'best la..try rasa dulu'...lepas rasa terus cakap...'ibu, ini best lah'... oh gembiranya rasa...macam nak lompat je sebab transform berjaga...so mission accomplish

Terima kasih new teats...haha...jimat RM20 kat situ sebab mende ni cuma RM6 je...so xdelah tiap minggu bazirkan RM27 semata-mata nak beli puting baru untuk si Hannan ni..

Note : Xcut ni certain kedai je ada, selalunya kat butik baby or kat farmasi ada

Thursday, August 20, 2015

Baby reject frozen EBM?

Jumpa lagik..entry ni nak ceritakan pengalaman Hanaa (my 2nd daughter) yang pada mulanya reject frozen EBM...Hanaa ni mulanya boleh je direct breastfeed...lama-lama bila dah terbiasa ngan botol dia pun mulala malas nak hisap...so ibu terpaksala berkerja keras sikit kumpulkan stok masa dalam pantang...#kipidap #dongibab...haha


Fresh milk yang diperah lulus...minum dengan cemerlang
Chiller EBM...minum bila lapar..balasah jugak sampai habis...so lulus
Frozen EBM...minum sikit and reject...oh my,,,camna nak buat nih

Cara 1st yang aku buat aku perah susu macam biasa...for the first day 1oz susu beku campur dengan 3oz susu fresh...bagi dia time dia betul-betul lapar...but susu beku tu mesti rendam dulu lelama sampai hilang ketul-ketul lemak susu...then bagi dia minum...lulus
For the next day aku ubah sukatan 2oz : 2oz... dah nampak perubahan dia boleh accept...so alahmadulillah senang kerja ibu...xla ibu risau bazirkan susu beku yang dah disimpan tu
Sekarang dia dah boleh accept susu beku ni sepenuhnya walaupun buat muka gak dia...maklumla bau lain macam sikit...kalau dia mula buat muka sadis tu terpaksala campurkan jugak 3oz : 1oz fresh... apa saja untukmu anakku...janji kamu nak minum susu dari ibu...xkisah la direct ke pam ke yang penting susu ibu =)

Kids education expo

Review punya review teringin nak pergi ni...so take note dulu...nanti lepas pergi bolehla share experience kat sini


Expo Info
The Exhibition : 
13th Smart Kids Asia 2015 (Educational Kids Fair)

Date & Time :
10 - 11 October 2015
10:30am - 9pm (Saturday), 10:30am - 8pm (Sunday)

Venue : 
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Admission : 
Entrance is FREE

Exhibit Profile :
• Education Enrolment Pool
• Educational Products
• Edu-Finance Solution
• Nutritional Food & Beverage
• Information Communication Technology
• Leisure, Sport & Recreation


My 2nd daughter

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak kedua kami... Hanaa Qistina... pengalaman bersalin kali ni memang berbeza sangat dari yang lepas... Pernah dengar Vaginal birth after cesarean (VBAC)? aku pun baru 1st time dengar lepas sendiri merasa...haha... ni adalah proses bersalin normal lepas bersalin c-zer untuk kelahiran lepas... so czer dah pernah, normal pun dah pernah rasa... alhamdulillah Allah bagi juga nikmat untuk merasa sakitnya bersalin normal


Ceritanya bermula Ahad malam 7/6/2015 aku rasa cam nak poo-poo tapi pergi toilet jadi pun...so aku pun duduk depan pintu bilik sambil cakap kat mak yang aku sakit perut tapi dia tak nak keluar...mak aku pun cakap dah tanda tu...Isnin pagi 8/6/2015...aku tengah bersiap nak pergi antar adik aku kat MSU....dah siap semua tetiba perut sakit dan contraction pun start (30minit sekali)...terus tukar baju tidur je kat sofa...tak jadi antar adik...tak jadi pegi ofis...makin lama makin kuat plak...aku trus whatapp Mr Hubby suruh balik sebab contraction dah jadi 15minit skali..dalam pukul 11am Mr Hubby sampai rumah...mandi, makan nasik dan solat...pkul 1+pm aku nak terkencing n tetiba nampak red dot on panties...so apa lagik...jeritla aku kat Mr Hubby...'bie, get ready barang...dah turun tanda ni'...apa lagik, mulala operasi adik-adik and mak aku masukkan barang dalam kereta...nasib baik beg baju semua dah memang ready dalam kereta...orang cakap 2nd baby so nerves kurang sikit tapi aku rasa sama je...sebab kes lepas c-zer so xnak lagik czer kali...aku pun bergerak ke HKL dengan nekad nak bersalin normal...

Sampai je sana, terus pergi kaunter kat wad bersalin tu dan daftar...doktor cek bukaan baru 2cm...dia bagi option nak balik atau nak admit, sebab umah yang jauh aku pilih admit, Mr Hubby takut apa-apa jadi...dia tunggu...Hannan tinggal kat umah dengan mak-mak sedaranya...tunggu punya tunggu pukul 5+ baru dapat masuk wad...cam biasa HKL sentiasa penuh...aku request nak 2nd class pun dapat 3rd class gak...blasah jelah bukannya nak duduk lama pun kan...

Start pukul 12 tengahmalam sakit makin menjadi-jadi...bukaan still 2-3cm...aku dah mula risau dah takut bukaan yang sama...aku pun jalan-jalan dari hujung ke hujung wad dengan doa yang xputus moga Dia permudahkan segalanya...pukul 3pagi sakit dah tak tertahan...cek bukaan 4-5cm... alhamdulillah...aku pun ditolak ke labour room pukul 4pagi+...kemudahan di HKL semua suami boleh temankan isteri masing-masing...itulah antara sebabnya aku pilih untuk bersalin kat HKL...
Suami temankan kat sebelah...hujung katil sorang nurse akan standby untuk cek bukaan dengan lebih kerap...lebey kurang pukul 6.30am...bukaan dah exceed 10cm...yeah...ready tu push...tapi disebabkan aku ambik terlalu banyak gas tahan sakit maka, baby kat dalam pun jadik mengantuk...CTG makin xcantik maka sorang doktor pakar untuk vacuum dipanggil...7.05am...dengan kuasaNya lahirlah Hanaa Qistina seberat 2.75kg...hanya tuhan saja yang tahu bagaimana sakitnya yang amat hilang begitu saja...Syukur Padamu...bayi kami sihat alhamdulillah


Wednesday, January 21, 2015

Pengalaman buat BSP (Blood Sugar Profile)

2 minggu lepas minum air gula haritu (MGTT) ...KKM call cakap gula tinggi sikit... pagi kul 8 bacaan 4.9...bacaan kedua 8.4 and nurse cakap kena pergi wat bsp...means kena ulang alik pergi klinik ambik darah! whatss??? ingat aku duk umah goyang kaki je ke tak payah pergi keje...hadoi... dahla time ambik darah pkul 10 pagi tu derang lewat ambil ...sampai pukul 11 baru dipanggil...marah betul aku time tu dengan laparnya lagik

7/1/2015 - 7.50 pagi terus pergi klinik ambil jadual untuk bsp. 1st check ibu buat kat klinik and 3 kali check lagik buat kat mediveron depan umah tu je...RM10 satu sesi. 
Start kul 8pagi, 10pagi, 3 petang & 8 malam...
untuk sesi yang pertama (8pagi)....kena puasa dari pukul 10 malam...antara sesi 8pagi - 10pagi tak boleh makan...cuma boleh minum air je...lepas sesi kedua (10pagi) tu boleh makan and kena puasa 2jam sebelum ambik darah sesi yang ketiga...utk sesi terakhir makan sebelum pukul 6petang

Berikut merupakan cara pemakanan yang aku ambik masa test tu...
Selepas pukul 10 - Meehoon goreng setengah senduk + air suam + sepotong epal hijau (yang dipotong 8)
Makan tengahari pukul 12 - Nasi separuh senduk + ikan keli bakar + sayur kacang pis + pegaga + air suam
Makan petang pukul 6 - Roti tortila + ayam cincang digrill (resepi ni Mr Hubby yang masakkan) + sepotong epal hijau (yang dipotong 8) + air suam

Result

Ingatkan bila dia cakap result dah ok dah tak payah buat...rupanya nurse siap sekolahkan aku lagik suh buat review lepas buat BSP. pastu dia cakap memang setiap 2 minggu kena buat...oh my...so aku pun ambik keputusan beli and buat sendiri je kat umah...


Bersambung...


Tuesday, January 20, 2015

Warehouse Sale Pureen 2015

Pureen Stock Clearance Promotion


Dear Pureen fans,
Mark your calender. 4 more weeks to go for next "Pureen Stock Clearance Promotion" @Glenmarie, Shah Alam.
(GPS Coordinates 3.09305, 101.56458).
http://bit.ly/2015Mar_PureenStkClrPromo

Date: 5 - 6 September2015 (Saturday & Sunday)
Time: 9.30am - 5.30pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
(GPS Coordinates 3.09305, 101.56458)

Note : Datang awal untuk elakkan kesesakan...

Expo Barangan Baby 2015

Hai semua...tahun nih aktiviti ber'expo' datang lagik...yela nak menyambut orang baru sorang lagik tgh bulan June nanti... kat bawah ni antara info yang sempat aku kumpulkan selama men'google' dan merayap melihat banner² di  sekitar KL / Selangor. Jangan lupa take note ye ibu-ibu


Kuala Lumpur / Selangor

9th Maternity & Children Expo
Tarikh : 27 – 29 March 2015
Jam : 10.00 am – 9.00 pm
Tempat : Hall 1, Hall 2 & Hall 3, MVEC (Midvalley)
By : The Concept Exhibition (M) Sdn. Bhd.
Tel: 012-526 1860/012-699 6231
Fax: 03-6280 8684
info@tce.com.my
www.tce.com.my
Free Admission
Note : Seperti yang sedia maklum expo dekat midvalley nih memang tak pernah menghampakan...tapi dinasihatkan pergi seawal pagi sebab parking susah bila dah tengahari

Motherhood Expo 2015
Kuala Lumpur Convention Centre
10th – 12th April 2015
Hall 2, 3, 4, 5
10.30am – 9.00pm
Entrance is free
- Fitness & Slimming Beauty Services
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institutions
https://www.facebook.com/MotherhoodExpo
My Note : expo motherhood nih aku pernah pegi...jlnnya ukan main jauh lagik sebab park kat klcc...mmg ibu² yang sarat sgt tuh akan mengahla kalo jln sini...brg² dia pun xdela murah sgt...biasala klcc

Mom& Baby Expo 2015
Tarikh : 15 – 17 May 2015
Jam : 10.00 am – 9.30 pm
Tempat : Hall 1, Hall 2 & Hall 3, MVEC (Midvalley)
By : Today Publishing
Tel: 03-6250 0972/75
Fax: 03-6250 9617
expo@todaypublishing.com.my
facebook.com/pages/mom-baby-expo/345451608270
Free Admission

Mom & Baby Expo 2015

Tarikh : 21 – 23 August 2015
Jam : 10.00 am – 9.00 pm
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)
By : Today Publishing
Tel: 03-6250 0972/75
Fax: 03-6250 9617
expo@todaypublishing.com.my
https://www.facebook.com/pages/MOM-BABY-EXPO/345451608270
Free Admission

Parents and Kids Expo 2015
The Exhibition :
Parents & Kids Expo Concurrent Pregnancy & Baby Show (Early Childhood Education Pavilion)
The Venue :
Kuala Lumpur Convention Centre
Date & Time :
Admission :
Entrance is FREE
Exhibit Profile :
FUN On Childhood Learning
- Early Childhood's Learning Programme/Products
- Brain Training and Development Test and Programme/Products
- Discipline and Behavior Building Progrramme/Products
- Crafts Fun, Science and Experiments, Enriching Workshops for Kids
Pregnancy & Baby
- Maternity & Chidren’s Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies
- Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy’s Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institutions
Others
- Toddlers and Kids Clothing and Accessories
- Furniture and Toy Products
- Toddlers and Kids Injuries and Safety Products
- Medical Biology and Solutions for Infertility
- Child Care and Day Care Solutions
- Kids' Parties Providers
- Early Banking and Insurance for Kids
- Back to School Booths

International Baby Expo 2015

Kuala Lumpur Convention Centre
Date : 06/11/2015 - 08/11/2015
Time : 10:30 am - 9:00 pm
Location : Kuala Lumpur Convention Centre
Admission Fee: Free Admission
Organizer : Sphere Exhibits (M) Sdn Bhd
Contact Person : Xandria
Phone: 0391329888
Email: expo@sphereexhibits.com.my
Website: http://www.internationalbabyexpo.com.my/

Motherhood Expo 2015
Date: 11 Dec 2015 to 13 Dec 2015
Time: 10.30am to 9.00pm
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Hall 2 – 5
Motherhood Expo, South East Asia Largest Baby Expo has quickly become the most highly awaited event in the parenting sector of the year. The event provides a high-traffic environment to explore unprecedented sales opportunities, expand market place exposure and experience one-on-one interaction with thousands of potential consumers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post