Wednesday, January 21, 2015

Pengalaman buat BSP (Blood Sugar Profile)

2 minggu lepas minum air gula haritu (MGTT) ...KKM call cakap gula tinggi sikit... pagi kul 8 bacaan 4.9...bacaan kedua 8.4 and nurse cakap kena pergi wat bsp...means kena ulang alik pergi klinik ambik darah! whatss??? ingat aku duk umah goyang kaki je ke tak payah pergi keje...hadoi... dahla time ambik darah pkul 10 pagi tu derang lewat ambil ...sampai pukul 11 baru dipanggil...marah betul aku time tu dengan laparnya lagik

7/1/2015 - 7.50 pagi terus pergi klinik ambil jadual untuk bsp. 1st check ibu buat kat klinik and 3 kali check lagik buat kat mediveron depan umah tu je...RM10 satu sesi. 
Start kul 8pagi, 10pagi, 3 petang & 8 malam...
untuk sesi yang pertama (8pagi)....kena puasa dari pukul 10 malam...antara sesi 8pagi - 10pagi tak boleh makan...cuma boleh minum air je...lepas sesi kedua (10pagi) tu boleh makan and kena puasa 2jam sebelum ambik darah sesi yang ketiga...utk sesi terakhir makan sebelum pukul 6petang

Berikut merupakan cara pemakanan yang aku ambik masa test tu...
Selepas pukul 10 - Meehoon goreng setengah senduk + air suam + sepotong epal hijau (yang dipotong 8)
Makan tengahari pukul 12 - Nasi separuh senduk + ikan keli bakar + sayur kacang pis + pegaga + air suam
Makan petang pukul 6 - Roti tortila + ayam cincang digrill (resepi ni Mr Hubby yang masakkan) + sepotong epal hijau (yang dipotong 8) + air suam

Result

Ingatkan bila dia cakap result dah ok dah tak payah buat...rupanya nurse siap sekolahkan aku lagik suh buat review lepas buat BSP. pastu dia cakap memang setiap 2 minggu kena buat...oh my...so aku pun ambik keputusan beli and buat sendiri je kat umah...


Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post