Thursday, June 21, 2012

Tanda-tanda Hendak Bersalin


Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:


- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
- Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
- Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.


Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).


Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro & Fb KIM

Saturday, June 16, 2012

Misi mencari minyak zaitun

Dah lama aku nak cari pure minyak zaitun untuk urut dan sapu pada strechmark kat bawah perut aku nih...sebelum nih xperasan pun...sampila mak aku tanya, xsapu minyak zaitun ke...alamak, patutnya dr awl pgnt aku dah start sapu...so mulala misi mencari minyak zaitun...target aku kedai2 arab atau kedai yang menjual produk timur tengah nih...kebetulan opismate aku pernah pergi...so aku pun tanya direction ngan dia je...kedai Mahnaz Food kat jalan batu 3 lama shah alam...ni webnye..mmg kalau masuk dalam tu semua menda nak beli...
minyak zaitun yang terbaik adalah made in turki...tu hasil yang aku review

Yang ni pulak aku akan try minum mse kandungan masuk 37w nti

Selain mende2 kat atas ni aku beli jus delima, air rani ngan dried fruits n nuts...mmg rase cm nak pegi lagik!

Monday, June 11, 2012

Cari Tukang Urut / Mak Bidan?

Aku buat entry nih supaya senang wat rujukan untuk ibu² yang nak berpantang sambil berurut...juga untuk rujukan aku pada masa akan datang...aku fokuskan pada area bandar yang aku stay Selangor / KL


Kuala Lumpur
1. Makcik Salmi (Setapak Indah, KL). Tel : 03-40247107
(rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan lenguh-lenguh badan. Mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya) (sumbangan June)

2. Kak Sha ( Taman Cahaya, Ampang). Tel : 019-3698902
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Indonesia )

3. Kak Eli (Setapak, KL). Tel : 014-3234315
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Medan , Indonesia ). Boleh dihubungi di waktu malam sahaja kerana suaminya menggunakan hp diwaktu siang.

4. Ibu (AU4, Keramat). Tel : 016-2889362
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cara urutan tradisional Jawa)

5. Mak Yam (Selayang, KL). Tel : 03-61201801.
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

6. Kak ANI  (Pasaraya Bintang, Taman Baiduri, Cheras ) Tel : 013-2368717
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cuba sekali nak urut lagi..) - sumbangan Hafizah

7. Ibu Zaleha ( Lot 2-39, 2nd Floor Kompleks Desa Kepong). Tel : 019-2110636
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Sangat berkesan menggunakan kaedah tradisional dan moden) - sumbangan mzsuria

8. Hajah Zaharah (Taman Kosas, Ampang). Tel : 012-3139316
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Juga untuk mendapatkan cahaya mata) - sumbangan Azelina

9. Opah (Taman Melawati, Kuala Lumpur) Tel : 013-3524668
(Rawatan mengurut untuk ibu selepas bersalin. Siap ada pakej untuk sengkak, mandi, tangas dan urut. Harga pun berpatutan. Opah ni ada kenderaan sendiri tp dia akan include sekali duit minyak untuk pergi dan balik selama berurut. Selalu berurut 3 hari dan sila tempah dengan opah ni terlebih dahulu) - sumbangan sumijelly

10. Makcik urut (Sentul, Perumahan Dato' Senu) Tel : 013-3845216
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

11. Kak Kaseh / Nina (Wangsa maju dan sekitarnya) Tel : 016-6686975
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)


Selangor 

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) - sumbangan Izan Ismi

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) - sumbangan Izan Ismi

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) - rujukan The Star

6. Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) - sumbangan Ezad Hasshim

8. Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

9. Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

11. Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 - sumbangan ailin

12. Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 - sumbangan ailin

13. Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som - sumbangan eisya

14. Huzaimah Mohamad (No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor) Tel : 014-3286478 - sumbangan Kyra

15. Kak Esah Tel : 016-3908180 - dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat...tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

16. Nenek Melah - Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat...tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

17. Bidan Jah (Ustazah Jah) - Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - sumbangan Hamidah Shamsuddin

18. Mak Yang - Tel : 012-3600047. Km 13,Jalan Bernam, lot 113, Lorong Haji Janor
45500 Tg.Karang Selangor - sumbangan Kamarulramdan

19. Makcik Han - Tel : 017- 3951484. Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya
Urutan sgt berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg - sumbangan Aisha Ahmad

20. Nenek merah - Tel :03 31491007. Tempat Olak Rempit,Banting. Malam Jumaat tidak mengurut. Sumbangan Lin

21. Nenek Hamidah - Tel : 012-4819795. Presint 16 Putrajaya . Sumbangan Lin

22. Cik Ayu. Tel : 03-77810377. Taman Medan PJ. Sumbangan Lin

23. Yati - 012-8546760. Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

24. Petaling Jaya - http://www.momretreathome.com (momretreathhome ni menyediakan khidmat mengurut dan penjagaan bersalin kat tempat dia ~ ala² macam hotel orang bersalin la sebab semuanya diuruskan oleh petugas kat sana...pernah tengok dalam rancangan nona...memang selesa tempat dia dan sangat sesuai bagi mereka yang ada $$ lebey...boleh refer kat sini)

25. Kak Yasmin (Area Bukit Jelutong, Kampung Melayu Subang) Tel : 012-2812344

26. Makcik Basariah Tel: 012-5392368

27. Sekitar Selangor - Suzilawati Rusli

28. Puan Qamar (Klang ) 011-12372712 /03-31621466 - www.facebook.com/QamarAnggunBeautySpa

29. Khidmat urutan di sekitar Petaling Jaya, Puchong, Damansara, saya menyediakan servis urutan tradisional wanita, urutan selepas bersalin, reflexology dan aromaterapi. Urut terseliuh juga boleh utk WANITA sahaja. Sila layari www.wafa-warhamni.blogspot.com untuk maklumat lanjut atau hubungi 012-3716020 (wan fatimah)

30 . www.dauraspa.com or 03-88616838

Perak
1. Ipoh.Urut memberi perkhidmatan selepas bersalin di rumah anda.
Hubungi Sarah 0176376146
Fb: rawatan selepas bersalin ipoh

Johor
Batu Pahat, Johor - Pn Zawiah 013-7197004
Larkin, Johor Bharu - Kak Zah 0177576017
Johor - Norliza Harun 0167075124

Kawasan Lain
Semua Negeri - Pusat Perubatan Al Munawwarah - 0139660663 / 0179816465
Selangor & Penang - iceblessedbeauty - Aishah 012-7225184
Senawang, Seremban - Cik Mai 0173390551

Lain-lain tempat boleh refer kat blog ni www.bengkungmoden.com

Note : Info aku dapat dari kawan² dan review google, kebanyakannya kena booking so elokla survey dulu sebelum bersalin...

Pesanan : Kepada yang nak letak info atau menawarkan khidmat urut boleh sertakan nama, number phone dengan area yang anda cover untuk memudahkan saya nak listkan semula kat info atas ni ye... tq

Friday, June 8, 2012

Set Bersalin NR


Set bersalin aku pun dah selamat sampi...so tunggu mase jela nak pakai...jom review sket cara penggunaan set NR nih dan kelebihannya

PHYTO NATAL
(90 tablets untuk 30 hari / 180 tablets untuk 44 hari) 
Fungsi
 - Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan.
 - Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang.
 - Mengimbangkan kembali sistem badan.
 - Memperbaiki perjalanan darah.
 - Meringankan dan mengencangkan badan.
 - Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin merian, kembung perut, melawaskan buang air besar dan air kecil.
 - Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Bersalin Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke – 4 selepas bersalin.

Bersalin pembedahan
Kelahiran Secara Pembedahan Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 – 7 selepas bersalin     (bergantung keadaan kesihatan ibu bersalin )

Note : Rasa macam kena tambah lagik kot kalau untuk pantang 100 hari or 44 hari. Sebab yang dalam set nih cuma ada 90 tablets untuk 30 hari.


AKAR HERBANIKA
(15 uncang teh)
Fungsi
 - Menyegarkan urat saraf.
 - Mengurangkan Air yang berlebihan.(Water retention)
 - Melawaskan Pembuangan Air Kecil
 - Membantu memecahkan lemak yang degil.
 - Menghindarkan serta mengawal bau badan.
 - Mengatasi keletihan.
 -Membantu mengatasi masalah sendi seperti Gout,Reumatisme, Arteritis, sakit-sakit sendi, bisa, Reumatoid Arteritis.
 - Meringankan badan yang terasa lemah, berat atau malas.
 - Mengeluarkan Susu Badan yang lebih pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin.
 - Mengatasi penyakit Gastrik dan Migrain.

Kaedah Pengambilan
Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari pertama selepas bersalin.

Cara hidangan
1 pkt / uncang Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas mendidih dapat diguna semula untuk tempoh 3 hari. Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi selama 1 bulan.


Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
- Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.

Untuk Amalan Kesihatan
- Individu-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari)
1 atau 2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
- Seisi keluarga-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) 2 atau 3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan / 1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.

Minuman penghilang dahaga
-Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.

Note : 1 uncang untuk kegunaan 3 / 4 hari ; minum 3 / 4 kali sehari.


MINYAK HERBANIKA
Fungsi
 - untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin
 - menguatkan otot
 - melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi,
 - memperlancarkan peredaran darah
 - mengurangkan kahak.
 - Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.

Bersalin Normal
Dos /cara pengunaan Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut

Bersalin Pembedahan
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Note : Guna untuk sapuan semasa dalam wad dan untuk lenguh-lenguh sendi. Sapukan minyak ni juga sebelum berbarut


UNCANG CUCI HERBANIKA
(5 uncang teh)
Fungsi
Uncang Cuci Herbanika adalah pembersih luaran yang bercirikan antiseptik bagi mengawal, menggalakkan proses penyembuhan dan membantu masalah-masalah tersebut :
a. Penyakit kulit, gatal, kudis berair, berbau busuk dan terkena infeksi di tempat sulit.
b. Luka pembedahan, luka, kudis disebabkan penyakit Kencing Manis, kudis gigitan serangga.
c. Penyakit puan seperti keputihan atau keluaran cecair di tempat sulit.
d. Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan rapi selepas bersalin.
e. Penyakit Gout, Arteritis, Reumatism, Bisa-bisa otot, Resdung (sinus) dan Tyroid.
f. Rawatan semasa Haid

Cara Penyediaan
1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air dapat diguna sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh 5 – 7 hari.

Cara Penggunaan
Boleh merendam, mencebok atau bertangas alat sulit ketika berpantang dan selepas datang haid atau pada bahagian yang bermasalah seperti tercatat di atas.

Note : 1 uncang untuk kegunaan seminggu ; setiap kali rendam dengan 1 cerek air (lebey kurang la kot)


HERBANIKA LULUR
Fungsi
 - Membantu menegangkan payudara yang kendur.
 - Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
 - Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau.
 - Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, otot, urat saraf dan urat-urat timbul.
 - Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.

Cara Penyediaan
Campurkan serbuk lulur (satu sudu besar) bersama-sama air florida dan sedikit minyak berubat mustajab (optional).

Cara Penggunaan
Disyorkan pengunaannya pada hari ke 4 sehingga ke hari 20 selepas bersalin. Gosok pada seluruh tubuh. Lebihkan sentalan pada tempat-tempat yang mempunyai daki degil. (Sehari sekali). Untuk maklumat boleh baca kat blog ni

Note : Gaul 2 sudu dengan air florida. Sehari sekali (Time mandi pagi)



HERBANIKA BARUT
Fungsi (Pakai waktu malam hingga pagi)
 - Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
 - Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
 - Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

Cara Penggunaan
Diamalkan bermula hari ke 4 - 40. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur) Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari. Pakailah bengkung. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih. Pakai sepanjang malam.

Tambahan


Serbuk Herbanika Barut
RM60.00 - 150 gm
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Khasiat Mengamalkannya (Pakai waktu pagi)
a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.
c. parut dan jalur pecahan pada perut.
d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

Cara Penggunaannya :
-1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa (lebih kurang segengam) di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
- Sebelum menggunakan Herbanika Barut. Lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.
- Lakukan 2 kali sehari.
- Pagi (di gunakan selepas mandi)
- Petang (7 mlm) - Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, - Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi. Cara memasak leh refer kat blog ni

Perhatian
Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.

Cara penggunaan :
-Selepas sebulan ;
Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.
- Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
a. Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
b. Dapat melangsingkan pinggang anda
c. Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.

Thursday, June 7, 2012

Urutan Perineum Memudahkan Proses Bersalin

Alhamdulillah banyak jugak info yang aku dapat dari FB KIM terutamanya mengenai urutan perineum yang dapat membantu semasa proses bersalin. Lepasnih bolehla aku try =)


Kajian menunjukkan urutan perineum dari minggu ke 35 mengurangkan koyakan pada bahagian perineum yang perlu dijahit.  Kebanyakan wanita yang mengamalkan teknik ini juga melaporkan tiada berlaku kesakitan bahagian perineum dalam masa 3 bulan selepas bersalin.

Urutan perineum ialah urutan yang dibuat pada bahagian vagina.  Perineum adalah bahagian yang terletak di antara lubang vagina dan lubang dubur. Urutan ini boleh dimulakan seawal minggu ke-34 kehamilan.  Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau pasangan. Lakukannya jika anda berasa gembira untuk melakukannya dan bukannya terpaksa :).

Masa yang paling sesuai untuk melakukannya ialah selepas mandi, kerana selepas mandi bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh.  Gunakan minyak urutan organik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk melakukan urutan.

Kedudukan yang sesuai seperti menyandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan atau duduk di tandas.

Dapatkan kedudukan yang selesa, relaks dan di tempat di mana anda rasa selamat dan tidak terganggu.



Cara dan masa yang sesuai

- Menggunakan 1 atau 2 jari
- Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Tatacara mengurut perineum
1- Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2- Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3- Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4- Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5- Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6- Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan...:)


* Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
* Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina.
* Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain.
* Sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.


Suami : Kebaikan Temankan Isteri Bersalin


Tentu ada sebilangan lelaki yang takut untuk temankan isteri ketika bersalin. Tapi tahukah anda bahawa terdapat banyak kebaikan menemani isteri yang sedang berjuang melahirkan zuriat anda. Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi...

Sumber: FB PIICM

Set Bersalin Yang Aku Pilih

Arini kerja banyak sket kat office...maklumla awal bulan nih banyak nak monitor database...tp arini jugak aku ader pesan barang online...set bersalin, bengkung, minyak telon dan tungku baby yang aku buat melalui blog ini.. Harga yang kak engku tawarkan
- Set Bersalin Nona Roguy (NR) - RM290 (Promo) - Cara Penggunaan ada di sini
- Bengkung Leesa - RM49

- Minyak Telon Tropical Herbs (Amway) - RM25

- Tungku Baby - RM15


Note : Tak sabar nak tunggu barang sampi esok

Tuesday, June 5, 2012

Sup Ikan Haruan


Resepi Sup Ikan Haruan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping Garam secukup rasa Daun bawang & daun sup – dihiris



Cara menyediakan:
a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

Kerabu Pegaga


Resepi Kerabu Pegaga

Bahan-bahan :
Ikan Bilis
Lada Hitam
Pegaga
Sedikit Halia
Sedikit Garam



Cara Menyediakan :
- Ikan Bilis dibersihkan.
- Kemudian tumbuk ngn lada hitam.
- Potong pegaga kecil² skali dengan akar²nya.
- Gaulkan sebati.
- Boleh tambahkan garam (kalau nak masin).
- Sedikit Halia (jika suka) disangaikan skali dengan ikan bilis kemudian tumbuk

Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa memasing (Sumber FB Komuniti Ibu Mengandung)

Monday, June 4, 2012

Botol Iiamo ; Botol + Warmer

Pernah tak anda dengar botol multifunction; botol + warmer...iiamo memperkenalkan botol yang mudah dikendalikan terutamanya untuk mereka yang selalu travel...bentuk dan warmanya yang unik memang menarik perhatian yang memandang...cara menggunakannya; anada hanya perlu tuang susu yang telah siap dibancuh ke dalam botol ini...masukkan catridge pemanas yang berbentuk kon di bahagian bawah botol dan tutup, kemudian goncangkan...susu akan dipanaskan secara automatik mengikut suhu yang telah ditetapkan...mudah kan?
iiamo specifications
- iiamo is a worldwide registered trademark.
- iiamo go is made from polypropylene (PP), 100% silicone and stainless steel.
- iiamo flow is made from 100% silicone.
- iiamo warm is produced from polypropylene (PP), distilled water (H2O) and salt (CaCl2) (Terdiri daripada garam + air)
- The unique iiamo heating system is protected by patents around the world. (Hanya perlu digoncang untuk aktifkan bahan pemanas)
- The salt and water mixture in the iiamo warm cartridge has been carefully calculated based on the assumption that the milk is at room temperature when poured into the bottle, and that the go bottle is filled with 170 – 180 ml milk or formula, in order to achieve the 37°C temperature in approximately 4 minutes.
iiamo's products are approved and monitored by the Danish Ve
Pelbagai pilihan warna dan bentuk yang menarik hasil rekaan Karim Rashid (Designer yang terkenal)

Bagaimana ianya berfungsi?



Dimana anda boleh dapatkan botol ini (Malaysia) ?

Untuk maklumat terperinci anda boleh ke website iiamo



Kenali Apa Itu Darah Tali Pusat / Sel Stem


Apa itu sel stem tali pusat?

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.


Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.

Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.


Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?

Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?

Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.

HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.

Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?

Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.

Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta?

Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.

Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.

Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?

Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda.

Sumber : Portal Alam Hamil

Boleh jugak tgk kat sini

Darah Tali Pusat juga boleh didermakan kepada orang lain sekiranya mahu berbuat demikian kerana ianya boleh membantu dalam rawatan pesakit yang memerlukannya

Siapa Boleh Menderma?
Semua ibu mengandung dan telah mendaftar adalah layak untuk menderma sebaik sahaja melahirkan anak.

Jika Anda Ingin Menderma..
Kunjungi atau Hubungi Pusat Darah Negara. Semua maklumat adalah rahsia. Pendermaan anda mungkin akan membantu menyelamatkan seseorang.

Pusat Pendermaan Darah Tali Pusat
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Selayang, Selangor
- Hospital Serdang, Selangor
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
Lebih banyak Pusat Pengumpulan Darah Tali Pusat akan diwujudkan pada masa hadapan





Sunday, June 3, 2012

Carseat & Stroller buat sikecil

Al-kisah 2 June yang lepas pergila ke PWTC memandangkan adanya Mum & Baby Fair...tapi sayangnya aku kecewa sebab booth yang ada xbanyak dan barang² pun lebey kurang je harganya dengan kat kedai...xtau la salah penganjur ke...sebab tempat ke...nak menapak pergi Hall 1 tuh ok lagik semangat...sebab menurun je...nak balik dari Hall tuh mak aih...cam kena panjat gunung!...Disebabkan kecewa xdapat barang yang dicari...aku ngan hubby pun merayapla seperti biasa pergi survey harga stroller n carseat yang kitorang dah mmg cadang nak beli...memang lepas review sume dah target nak amik Halford: Premier Zeus Plus  and stroller  Quinny : Zapp Extra

Halford: Premier Zeus Plus


Product Features:
- ECE 44/04 Certified (European Standard)
- Installed with a 5-point belt harness
- The height of the head rest and harness belts can be adjusted at the same time so that the Halford Premier Zeus Plus grows with your child (tempat letak kepala kat atas tuh boleh adjust, so senang bila baby dah besar)
- Suitable from newborn to 4 years of age (memang ini yang nak cari)
- Weight limit at 18kg
- Storage compartment behind car seat
- 2 years warranty
- 1 year free personal accident insurance (okla sebab include skali ngan insurance kan)
-  Terdapat 4 pilihan warna; merah, hijau, pink dan biru (kami pilih biru)


Normal price : RM729 (Ini mana² kedai mostly harga camni
Harga Yang Kami Dapat : RM583 (Baby Cottage), RM580 ( mybbstore)



Note : Kalau nak ikutkan dia xde la boleh recline banyak macam 'halford solaris'...tapi memandangkan kat bawah seat dia boleh dilapik so xmenjadi masalah bagi aku...bagi aku yang solaris tuh terlalu dalam...takut baby xselesa plak kat dalam tu...ok, setel satu mende




Quinny Zapp Xtra 2012

Features :
- Adapters included for a Maxi-Cosi infant car seat
- Forward and rearward facing seat
- Seat has 3 forward facing recline positions
- 2 rearward facing recline positions
- Highly maneuverable front wheel rotates 360 degrees and is lockable
- Adjustable footrest.Top

Accessories :
- Parasol (Kena beli asing kalau nak)
- Rebel Red Rocking Black Coloured Sprinkles Misty Brown
- Rebel Red Footmuff
- Zapp seat cover
- Bumper bar (Hanya ada untuk Zapp Xtra 2012)


Specifications :
Highly manoeuvrable and flexible from birth
- No matter what your plans are for the day, the Quinny Zapp Xtra gives you the freedom to take your child along in all day comfort. That’s because the seat is fully adjustable to face you or the world and easily reclines during your child’s nap times. All day comfort. Any way, your way.


Quinny Zapp Xtra 
- Seat is forward and rearward facing
- Seat has 3 forward and 2 rearward facing recline positions
- Comfortable seat unit for young children with extendable footrest
- Quinny Zapp Xtra seat can be used from 6 months
- Ideal travel system in combination with Maxi-Cosi infant car seats or Bébé Confort Pebble car seat (adapters included)
- Including sun canopy, raincover, adapters and shopping basket
- Highly manoeuvrable front wheel that can rotate 360 degrees and can be locked
- Easy removable wheels
- Approved confirming EN 1888 and BS7409
- Pushchair seat: until 15 kg

Quinny Zapp Xtra accessories
- Quinny Parasol
- Quinny Footmuff (Tapi rasanya kat malaysia xde kot orang pakai...maunya panas berwap dalam tuh)
- Zapp seat accessory to change your Zapp Xtra into a Zapp

Selain tu terdapat jugak aksesori lain yang aku pernah review macam cup holder, basket yang lebey besar

Note : Inilah yang kami dapat...fading green colour...produce on Feb2012...so luckily insyallah bolehla pasangkan bumper bar bila baby dah agak besar nanti...dapat basket, rain cover ngan adapter untuk maxi-cosi. Harga lak kitorang dapat RM1180 kat baby cottage...tempat² lain kebanyakan RM12++ or RM13++. But kalau RM16++ tuh better jangan belila sebab tuh harga yang xde diskaun...normal price...orang yang paling suka dengan mende nih surela encik hubby...dia yang berangan sangat nakkan mende nih sejak awal kandungan 2 bulan lagik ...=)

Friday, June 1, 2012

Lampin Bayi Pakai Buang

Kat pasaran sekarang nih banyak sangat jenama lampin pakai buang nih...dari yang lekat² biasa sampi ke yang jenis pants...

Kelebihan

1- Mudah adalah salah satu kelebihan lampin pakai buang. Lampin pakai buang adalah mudah kerana ianya boleh dibeli di hampir semua kedai-kedai runcit. - Senang nak beli even kat kedai biasa pun dah ada jual lampin pakai buang nih


2- Mudah semasa dalam perjalanan. Perjalanan dengan anak anda boleh menjadi sukar pada masa-masa tertentu kerana anda perlu menukar lampin, maka ianya sedikit menggangu perjalanan. - Lebih kemas dan selesa untuk perjalanan yang jauh atau penyerapan yang lebih selesa ketika malam hari. 


3- Satu lagi kelebihan lampin pakai buang adalah perlindungan kelembapan. Lampin pakai buang adalah lebih menyerap daripada lampin biasa. Kandungan air kencing yang boleh ditampung adalah lebih banyak daripada lampin kain. Lampin pakai buang akan menampung lebih daripada 3 kali berat badan mereka di dalam air tidak seperti lampin kain. - Senang diuruskan; dah penuh...tanggalkan pelekat dan buang


4- Lampin pakai buang juga  kurang kebocoran daripada lampin kain. - Tidur bayi anda tidak akan terganggu akibat kebasahan...wahh...cam iklan lampin pakai buang plak


5- Memudahkan penggunaan menyesuaian pelbagai saiz yang dikehendaki.

6- Menjimatkan masa - Kalau ibu² yang bekerjaya tu...mmg inilah solutionnya...lainla bagi mereka yang fully housewife...so boleh uruskan anak sepenuh masa


7- Terdapat perbagai corak dan warna yang menarik

Keburukan

1. Mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

2. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

3. Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

4. Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).

5. Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

6. Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.

7. Meningkatkan kes ruam lampin di kalangan bayi.

Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.

Note : Kesimpulannya, lampin pakai buang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan...tapi terpulanglang pada kita sendiri untuk menilainya...Kalau dah namanya ibu bekerjaya mana la sempat kan nak tukarkan sendiri lampin bayi...namun tak dapat dihafikan juga ada sesetengah lampin pakai buang yang berjenama agak berkualiti berbanding dengan yang biasa dan harganya jugak boleh merobek poket ibu dan ayah tiap bulan...so tepuk dada tanya selera...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post