Set bersalin aku pun dah selamat sampi...so tunggu mase jela nak pakai...jom review sket cara penggunaan set NR nih dan kelebihannya
PHYTO NATAL
(90 tablets untuk 30 hari / 180 tablets untuk 44 hari)
Fungsi
- Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan.
- Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang.
- Mengimbangkan kembali sistem badan.
- Memperbaiki perjalanan darah.
- Meringankan dan mengencangkan badan.
- Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin merian, kembung perut, melawaskan buang air besar dan air kecil.
- Memelihara kesihatan dan kecantikan.
Bersalin Normal
Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke – 4 selepas bersalin.
Bersalin pembedahan
Kelahiran Secara Pembedahan Disyorkan mengambil tablet PhytoNatal pada hari ke 4 – 7 selepas bersalin (bergantung keadaan kesihatan ibu bersalin )
Note : Rasa macam kena tambah lagik kot kalau untuk pantang 100 hari or 44 hari. Sebab yang dalam set nih cuma ada 90 tablets untuk 30 hari.
AKAR HERBANIKA
(15 uncang teh)
Fungsi
- Menyegarkan urat saraf.
- Mengurangkan Air yang berlebihan.(Water retention)
- Melawaskan Pembuangan Air Kecil
- Membantu memecahkan lemak yang degil.
- Menghindarkan serta mengawal bau badan.
- Mengatasi keletihan.
-Membantu mengatasi masalah sendi seperti Gout,Reumatisme, Arteritis, sakit-sakit sendi, bisa, Reumatoid Arteritis.
- Meringankan badan yang terasa lemah, berat atau malas.
- Mengeluarkan Susu Badan yang lebih pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin.
- Mengatasi penyakit Gastrik dan Migrain.
Kaedah Pengambilan
Pengambilan minuman Akar Herbanika disyorkan pada hari pertama selepas bersalin.
Cara hidangan
1 pkt / uncang Akar Herbanika yang direndam dalam 1 teko air panas mendidih dapat diguna semula untuk tempoh 3 hari. Pengamalannya setiap hari adalah mencukupi selama 1 bulan.
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
- Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
Untuk Amalan Kesihatan
- Individu-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari)
1 atau 2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
- Seisi keluarga-1 mug setiap kali minum (3 kali sehari) 2 atau 3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan / 1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan teh herba ini. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
Minuman penghilang dahaga
-Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.
Note : 1 uncang untuk kegunaan 3 / 4 hari ; minum 3 / 4 kali sehari.
MINYAK HERBANIKA
Fungsi
- untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin
- menguatkan otot
- melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi,
- memperlancarkan peredaran darah
- mengurangkan kahak.
- Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.
Bersalin Normal
Dos /cara pengunaan Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut
Bersalin Pembedahan
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Note : Guna untuk sapuan semasa dalam wad dan untuk lenguh-lenguh sendi. Sapukan minyak ni juga sebelum berbarut
UNCANG CUCI HERBANIKA
(5 uncang teh)
Fungsi
Uncang Cuci Herbanika adalah pembersih luaran yang bercirikan antiseptik bagi mengawal, menggalakkan proses penyembuhan dan membantu masalah-masalah tersebut :
a. Penyakit kulit, gatal, kudis berair, berbau busuk dan terkena infeksi di tempat sulit.
b. Luka pembedahan, luka, kudis disebabkan penyakit Kencing Manis, kudis gigitan serangga.
c. Penyakit puan seperti keputihan atau keluaran cecair di tempat sulit.
d. Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan rapi selepas bersalin.
e. Penyakit Gout, Arteritis, Reumatism, Bisa-bisa otot, Resdung (sinus) dan Tyroid.
f. Rawatan semasa Haid
Cara Penyediaan
1 pkt Uncang Cuci Herbanika yang direbus bersama 1 cerek air dapat diguna sebagai air cebukan atau rendaman untuk tempoh 5 – 7 hari.
Cara Penggunaan
Boleh merendam, mencebok atau bertangas alat sulit ketika berpantang dan selepas datang haid atau pada bahagian yang bermasalah seperti tercatat di atas.
Note : 1 uncang untuk kegunaan seminggu ; setiap kali rendam dengan 1 cerek air (lebey kurang la kot)
HERBANIKA LULUR
Fungsi
- Membantu menegangkan payudara yang kendur.
- Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
- Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau.
- Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, otot, urat saraf dan urat-urat timbul.
- Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Penyediaan
Campurkan serbuk lulur (satu sudu besar) bersama-sama air florida dan sedikit minyak berubat mustajab (optional).
Cara Penggunaan
Disyorkan pengunaannya pada hari ke 4 sehingga ke hari 20 selepas bersalin. Gosok pada seluruh tubuh. Lebihkan sentalan pada tempat-tempat yang mempunyai daki degil. (Sehari sekali). Untuk maklumat boleh baca kat blog ni
Note : Gaul 2 sudu dengan air florida. Sehari sekali (Time mandi pagi)
HERBANIKA BARUT
Fungsi (Pakai waktu malam hingga pagi)
- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara Penggunaan
Diamalkan bermula hari ke 4 - 40. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur) Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari. Pakailah bengkung. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih. Pakai sepanjang malam.
Tambahan
Serbuk Herbanika Barut
RM60.00 - 150 gm
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Mengamalkannya (Pakai waktu pagi)
a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.
c. parut dan jalur pecahan pada perut.
d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara Penggunaannya :
-1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa (lebih kurang segengam) di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
- Sebelum menggunakan Herbanika Barut. Lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.
- Lakukan 2 kali sehari.
- Pagi (di gunakan selepas mandi)
- Petang (7 mlm) - Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, - Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi. Cara memasak leh refer kat blog ni
Perhatian
Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.
Cara penggunaan :
-Selepas sebulan ;
Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.
- Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
a. Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
b. Dapat melangsingkan pinggang anda
c. Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.
thanks =)
ReplyDeleteAssalamualaikum sis. Berapa ya harga herbanika lulur tu?
ReplyDelete