Friday, June 1, 2012

Lampin Bayi Pakai Buang

Kat pasaran sekarang nih banyak sangat jenama lampin pakai buang nih...dari yang lekat² biasa sampi ke yang jenis pants...

Kelebihan

1- Mudah adalah salah satu kelebihan lampin pakai buang. Lampin pakai buang adalah mudah kerana ianya boleh dibeli di hampir semua kedai-kedai runcit. - Senang nak beli even kat kedai biasa pun dah ada jual lampin pakai buang nih


2- Mudah semasa dalam perjalanan. Perjalanan dengan anak anda boleh menjadi sukar pada masa-masa tertentu kerana anda perlu menukar lampin, maka ianya sedikit menggangu perjalanan. - Lebih kemas dan selesa untuk perjalanan yang jauh atau penyerapan yang lebih selesa ketika malam hari. 


3- Satu lagi kelebihan lampin pakai buang adalah perlindungan kelembapan. Lampin pakai buang adalah lebih menyerap daripada lampin biasa. Kandungan air kencing yang boleh ditampung adalah lebih banyak daripada lampin kain. Lampin pakai buang akan menampung lebih daripada 3 kali berat badan mereka di dalam air tidak seperti lampin kain. - Senang diuruskan; dah penuh...tanggalkan pelekat dan buang


4- Lampin pakai buang juga  kurang kebocoran daripada lampin kain. - Tidur bayi anda tidak akan terganggu akibat kebasahan...wahh...cam iklan lampin pakai buang plak


5- Memudahkan penggunaan menyesuaian pelbagai saiz yang dikehendaki.

6- Menjimatkan masa - Kalau ibu² yang bekerjaya tu...mmg inilah solutionnya...lainla bagi mereka yang fully housewife...so boleh uruskan anak sepenuh masa


7- Terdapat perbagai corak dan warna yang menarik

Keburukan

1. Mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

2. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

3. Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

4. Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah).

5. Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

6. Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.

7. Meningkatkan kes ruam lampin di kalangan bayi.

Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.

Note : Kesimpulannya, lampin pakai buang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan...tapi terpulanglang pada kita sendiri untuk menilainya...Kalau dah namanya ibu bekerjaya mana la sempat kan nak tukarkan sendiri lampin bayi...namun tak dapat dihafikan juga ada sesetengah lampin pakai buang yang berjenama agak berkualiti berbanding dengan yang biasa dan harganya jugak boleh merobek poket ibu dan ayah tiap bulan...so tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post