Kajian menunjukkan urutan perineum dari minggu ke 35 mengurangkan koyakan pada bahagian perineum yang perlu dijahit. Kebanyakan wanita yang mengamalkan teknik ini juga melaporkan tiada berlaku kesakitan bahagian perineum dalam masa 3 bulan selepas bersalin.
Urutan perineum ialah urutan yang dibuat pada bahagian vagina. Perineum adalah bahagian yang terletak di antara lubang vagina dan lubang dubur. Urutan ini boleh dimulakan seawal minggu ke-34 kehamilan. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri atau pasangan. Lakukannya jika anda berasa gembira untuk melakukannya dan bukannya terpaksa :).
Masa yang paling sesuai untuk melakukannya ialah selepas mandi, kerana selepas mandi bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. Gunakan minyak urutan organik seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk melakukan urutan.
Kedudukan yang sesuai seperti menyandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan atau duduk di tandas.
Dapatkan kedudukan yang selesa, relaks dan di tempat di mana anda rasa selamat dan tidak terganggu.
Cara dan masa yang sesuai
- Menggunakan 1 atau 2 jari
- Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.
Tatacara mengurut perineum
1- Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2- Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3- Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4- Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5- Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6- Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan...:)
* Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
* Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan atau penyakit pada bahagian vagina.
* Jika anda merasa sakit semasa urutan, hentikan segera urutan dan lakukan semula pada masa yang lain.
* Sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.
thanks 4 the info
ReplyDeletewelcome sis =)
DeleteGreat info..tq dear.. ;)
ReplyDeletewelcome sis =)
DeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete