Thursday, May 31, 2012

5th checkup

30 May - Bersamaan 28minggu - Checkup kali nih mcm yang selalu aku pergi tuh...Result gula yang aku minum airtu pun alhamdulillah ok...tapi masalahnya berat kali nih naik 3.3kg!..mak aih byk betul naik...aku pun xtau ape yang aku sebat sampi banyak gle naik...baby aku pun same...ape aku mkn dia mkn je...xpenah lak dia reject...haha...baik betul anak ibu nih...
hb 11gm % cam biasa...bp 118/69 ok...tinggi rahim 30...jantung baby semua ok...tp column kedudukan / presentasi lak derang tulis c...puas aku google mende pe c tuh sbb bidan tuh x explain...upanya 'c' ada ceph ( kedudukan kepala bayi di bawah)...alhamdulillah harap² kekalla camtu...xde breech ( kedudukan sonsang)...wahai anak, dengarlah kata ibumu ini...supaya ibumu ini tidak susah hati...hehe

Derang ada gak bagi ubat ilangkan keputihan pasal keputihan aku dah sampi tahap berbau n berwarna kuning kadang²...was² gak nak guna...tp pk sbb dr yang bagi so guna jela...harap² xde pe...mase nih jugak derang suruh wat kiraan untuk gerakan bayi...start kul 9am sampi 9mlm...cara nak kira gerakan ; gerakan yg dekat² and berterusan dikira 1gerakan...huhu...anak ibu nih pulak pantang mende masuk mulut ibu dia pun sama je nak gerak...hehe...so dlm kul 2lebey dh ckup 10 gerakan...haha...xtau la btul ke x cara aku kira...tgu jela next checkup cne...

Psal sblm nih masa aku pegi scan dr cakap uri kat bawah...so untuk pastikan mende tuh aku pun bgtau dr muda kat KK tuh dan dia pun trus wat scan...alhamdulillah jugak uri pun dah naik...

Checkup lepas nih dah start 2 minggu skali...hope xdela minum² air gula nih...isau lak berat aku nih...huhu

Tuesday, May 29, 2012

Breastpump & Harganya

Korang pernah x survey harga breastpump sebelum korang beli?Kalau jawapannya adalah ya...korang samala cam aku...zaman sekarang nih dah canggih...xmacam dulu²...semua pakai manual je...kalaula masa zaman aku lahir dulu dah ada breastpump nih xpayah la aku bergayut kat mak aku untuk minum susu sampi umo 7tahun!...haha...kalakor lak rasa...jom survey jenis² breastpump dan range harganya (Depend pada kedai) ...jom kita mulakan dengan review untuk manual breastpump...walaupun leceh skit skit memerlukan tangan sekuat popeye untuk perahan yang maksimum...dari segi harga ianya agak bersesuaian la...

Medela 
(Most Top Brand kat Malaysia nih sebab sparepartnye senang nak cari)

1- Medela Harmony Manual

Range Harga : RM100 - RM250
Ciri-ciri :
- Pemegang ergonomik membolehkan anda mengepam dalam keadaan yang selesa
- Mudah untuk dipasang, digunakan dan dibersihkan
- Ringan

2- Medela Mini Electric

Range Harga : RM350 - RM470
Ciri-ciri :
- Dicipta untuk kegunaan jangka pendek atau sekali-sekala.
- Mudah: boleh dikendalikan dengan menggunakan hanya satu tangan
- Reka bentuk mudah alih; kompak dengan operasi bateri

3- Medela Swing Electric

Range Harga : RM530 - RM790
Ciri-ciri :
- Memerah susu secara senyap
- Susu dapat dipam lebih dalam masa yang singkat
- Pelbagai peringkat vakum dan tetapan dapat diselaraskan
- Mudah dipasang, digunakan dan dibersihkan

4- Medela Freestyle

Range Harga : RM1300 - RM1,699
Ciri-ciri :
- Pengepaman serentak dalam gabungan untuk meningkatkan jumlah susu
- Kecil, ringan dan senyap, untuk membuat proses pengepaman selesa dan semula jadi yang mungkin.
- Dua pam boleh membantu untuk meningkatkan dan mengekalkan bekalan susu.

Avent


1- Philips AVENT Manual Breastpump

Range Harga : RM100 - RM290
Ciri-ciri :
- Merangsang penghasilan susu dengan cara yang rapat meniru tindakan penyusuan bayi. Terdapat hanya ada cara yang lembut, lebih cepat atau lebih asli untuk memerah susu.
- Pam payudara manual  ini telah terbukti secara klinikal berkesan sebagai pam elektrik gred hospital

2- Philips AVENT Single Electronic

Range Harga : RM190 - RM590
Ciri-ciri :

- Memerah susu dengan cepat, secara semulajadi, berkesan dan mudah
- Mempunyai memori elektronik. Ia mencatatkan kelajuan, rentak dan tahap sedutan di mana anda tetapkan, dan kemudian terus berfungsi secara automatik


3- Philips AVENT ISIS iQ UNO Electronic
Range Harga :  RM599.00

Monday, May 28, 2012

Botol Mimijumi ; Untuk Anak Yang Keliru Puting

Pernah tak baby menolak botol susu sebab dah biasa dengan mumbreast? Kat sini aku perkenalkan botol yang mungkin sesuai untuk baby yang confius camtu...sebagai contoh aku sendrila...susah nak berenggang dengan breast mak aku dulu walaupun dah berumur 7tahun!asyik bergayut je...tapi masa zaman aku dlu manala ada mende² gini kan...huhu...botol mimijumi...

Sedikit Info :


1- Puting Mimijumi
Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!



2- Material
Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seakan kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda. Dan ianya juga tergolong dalam Eco-Friendly Bottle

3- "Wide Neck style" (Leher Botol Yang Luas)
Memudahkan proses pembersihan di bahagian dalam botol. Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya. Sebab botol nih boleh bukak dari bahagian bawah dan atas


4- BPA Free, Lead, Phthalates, Latex.

5- Tidak Perlu Kerap Membeli Botol
Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak² yang seterusnya. Jimat kan? (* Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)

6- Harga Di Malaysia
Harga kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat One Baby World or dkt sini pun sama RM80, untuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack dalam RM43. Macam mahal jugak tapi kalau untuk anak kita sanggup je pun berhabisan kan?


Botol Susu

Comel kan bentuk botol susu? colour pun ada pelbagai jenis...harga pun ada yang mahal dan ada yang murah...semuanya sekitar RM5 -  RMpuluhan ringgit...so terpulang pada individu tu sendri dan kesesuaiannya dengan baby anda...yang penting dan harus diutamakan BPA Free..


Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman. Info lanjut dari KKM boleh baca di sini .


1. Pilihlah hujung botol susu yang sesuai ukurannya dengan mulut bayi dan tahap perkembangannya. Untuk bayi yang baru lahir tidak perlu menggunakan hujung botol yang orthodontis (botol yang leper putingnya) sehingga bayi tersebut memiliki gigi.

2. Bacalah dan ikuti petunjuk dalam lingkungan usia yang tertulis pada botol, jangan memberikan bayi botol susu yang tidak sesuai dengan usianya.

3. Botol plastik memerlukan perawatan dalam mencuci dan menjaga kebersihannya, sterilkan selalu botol sebelum digunakan ,boleh  menggunakan alat steril khusus atau menggoncangkan / basuh dengan air panas untuk membunuh bakteria.

4. Ibubapa seharus lebih berhati-hati dan peka dalam memastikan produk tersebut tidak mengandung bahan kimia berbahaya, atau cari botol yang ada tanda 'recycle' sehingga boleh digunakan kembali, atau pilih  botol dengan tanda 'food grade' serta BPA-Free.

5. Selalulah bertukar² pendapat dengan ibubapa yang lain mengenai pengalaman mereka dalam menggunakan botol susu pada bayi. Untuk bayi yang sudah agak besar pilihlah ujung botol dengan lubang yang lebih besar dibandingkan dengan yang sebelumnya.

6. Selalunya, puting yang kecil memiliki lubang yang lebih kecil dan ianya telah dikelaskan mengikut umur, Titisan susu yang kecil tidak membuat bayi yang masih sangat kecil tersedak. Titisan yang baik untuk bayi yang baru lahir adalah sekitar 1 titik/saat ketika botol dalam keadaan terbalik.

7. Setelah bayi meminum susu sebaiknya didirikan di bahu ibu sehingga bayi tersebut sendawa sehingga susu yang sudah diminum tidak keluar lagi.

Jenama Botol Yang Ada di pasaran Malaysia
- Anakku
- Avent Philips
- Disney
- Fiffy
- Japlo
- MAM
- Mimijumi ( Looks alike mumbreast)
- Medela
- Nuby
- Pigeon
- Pureen
- Thinkbaby
- Tommee Tippee
- WeeGo (Glass Bottle)

Klinik Scan 3D / 4D

Pening memikirkan tempat untuk scan 3D / 4D. Kat sini aku sediakan panduan / rujukan klinik² yang menyediakan khidmat scan nih dengan harga yang agak murah...kalau scan 2D biasa aku rasa kat semua klinik bersalin dah ada rasanya perkhidmatan ni...Perlu diingatkan juga, waktu yang sesuai nak scan adalah sekitar usia kandungan 28 - 32 minggu...Kalau ibu-ibu yang nak fully details expecially mengenai jantung adalah sekitar minggu 20 - 24...refer dr ye...mane tau kalau salah info..


1. Vision College / Vision Diagnostic Centre, Kelana Jaya
- Jangan terkejut pulak, ini memang klinik...tapi ianya di bawah kendalian Vision College...terletak betul² belakang Giant Kelana Jaya (aka Giant Kecik)...pada tuan² dan puan² yang bekerja...hendaklah mengorbankan cuti anda...sebab klinik nih hanya dibuka pada hari bekerja sahaja...tapi dalam banyak²...kat sini adalah antara yang termurah...only RM90!
Address :
127 Jalan SS 6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Opening Hours :
Monday - Friday :
8a.m. - 5.30p.m.

2. Well Again Diagnostic
- Harga okla...standard price RM150...tp sygnya dia hanya buat scan pada hari bekerja...dan bukannya hujung minggu seperti yang aku harapkan
Address :
Diagnostic Center, Clinic &
Holistic HealthCare Services
No:2A-1, Jalan PJS 8/2,
Sunway Mentari, 46510,
Petaling Jaya.
Tel / Fax :
03-56384299

3. Pusat Perubatan & Bersalin UMRA
- Harga dalam RM100...quite murah jugakla nak compare dengan tempat² lain...tp base on review ramai yang ckp kat sini nurse² dia / yang jaga reception dia kurang friendly...xtau la...sbb aku sendri pun xpernah sampi kat sana...available pada hari ahad
Address :
Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA (64227-4)
No. 14-18, Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax :
03 5518 4319 /  603 5511 4319

4. Poliklinik An-Nisa'
- Harga dalam RM150..mesin yang digunakan agak canggih berbanding tempat lain..tp sayangnya ianya hanya dijalankan pada hari khamis...sedey
Address :
No 5, Jalan BPP 8/1,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,
43300, Seri Kembangan, Selangor
Tel :
03-8945-8414

5. Klinik Fauziah, Desa Ampang
- Harga dalam RM100 xsalah aku...depend pada sonergrapher
Address :
No. 15, Psn Desa Ampang,
Taman Sri Ampang,
68000 Ampang,
Selangor
Tel :
03-4292 7917

6. Klinik Jameaton
- Terletak berhadapan dengan jusco taman equin...harga hanya RM100...kat sinila aku scan baby bam² aku yang malu² nak tunjukkan muka dia nih
Address :
B5-G-03, Jalan Pinggiran 1/2, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan Selangor
Tel / Fax :
03-89442270 / 03-89441451


Selain tu ada jugak nama² sonergrapher yang sering menjadi sebutan dikalangan ibu² yang giat berblog nih...antaranya
 - Jezzlyn - Boleh set appointment dengannya di sini

Note : Semua tempat nih aku dah pernah survey harga...so kalau nakkan kepastian / pertanyaan lanjut boleh call sendiri tempat² tersebut...kalau salah info harap maaf ye..

Scan 3D / 4D

Tidak diketahui sebab musabab zaman sekarang nih ramai sangat yang berminat nak buat scan 3d/4d...tapi bagi aku...scan nih sekadar nak tau sejauh mana kesihatan baby supaya senang nak pantau...kedudukan bayi dan bonusla dapat tengok wajah baby...tu pun kalau dia xmenyorok la...cam aku aritu baby sangat² aktif...tapi sayangnya dia malu² dan tutup muka ngan tangan...puas jugakla si sonographer tu pujuk dan gegarkan dia dengan scanner...tapi tangan dia kat situ jugak...dia alihkan pun sebab menguap ngan isap jari...pastu letak balik kat depan muka...kat bawah nih ada antar gambar² yang sempat direkodkan walaupun nampak sipi² je...


Tengokla anak ibu tu...tangan dia mesti nak letak kat muka...'no camera pls'...mcm artis plak...hehe

Note : Untuk mereka yang berminat nak buat scan 3D / 4D ni mestilah buat appoiment dlu...list klinik boleh tengok kat entry aku kat 'Klinik Scan 3D / 4D'

Sunday, May 27, 2012

Carseat atau Infant Carseat / Carrier

Carseat atau carrier? mana lagi penting untuk kegunaan bayi anda? perlu diketahui apakah tujuan dan kegunaan kita tu mmg berbaloi atau sekadar suka² atau nak nampak cantik? Bagi aku, pada parent yang banyak travel atau selalu merayap (mcm aku ngan suami nih) aku cadangkan derang beli trus carseat yang boleh pakai dr newborn sampi besar...so jimat...xpayah beli carrier...tp pada mereka nak nak nampak comel atau nak space yang banyak dalam keta aku cadangkan beli je carrier but nti mse baby tu dah besar mesti sediakan carseat untuk mereka...bukan pe...untuk keselamatan derang jugak kan...pada yang menaiki kenderaan aku mmg xcadangkan derang pangku bayi...sgt bahaya ok!so pilihlah apa yang terbaik untuk bayi ada...but ini hanyalah satu pendapat...terpulang pada masing² untuk menilainya...

Tips Pemilihan ( Base on review) :
1. Nak ajar anak duduk kat carseat ni biarlah sejak kali pertama kita travel dengannya..
Note : Macam aku nih...insyallah bersalin kat perantauan (KL je)...then lepas seminggu baru bawak balik baby ke kampung skali ngan berpantang...so memang aku dah hubby dah plan untuk sediakan carseat pada bakal buah hati kami nanti

2. Pilih kerusi yang sesuai dengan berat dan umur bayi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anak. Pelbagai jenis kerusi keselamatan bayi ni antaranya Infant CarSeat Carriers (aku panggil baby carrier yang bentuk cam bakul sayur tuh), Convertible Car Seat, Combination Car Seats dan Booster Car Seats yang semuanya dikelaskan berdasarkan kesesuaian berat bayi dan fungsi adjustable.

3. Dan disini juga di titikberatkan juga beratnya...contoh berat carseat tu 12kg...so mampu ke x kita nak angkat kalau berseorangan nak pindahkan carseat tu dari kereta ke kereta lain? so carilah yang ringan...kecuali mmg mende tuh permenant nak letak kat situ...

4. Faktor keselamatan yang ditawarkan oleh kerusi tersebut samada memenuhi 'Piawaian Keselamatan' yang diiktiraf seperti ECE R44.03 atau R44.04 yang digunakan untuk setiap kerusi keselamatan yang akan dijual di Eropah. So beware...jangan main beli je

5. Cara untuk letakkan carseat tersebut juga perlu dititikberatkan...ada sesetengah carseat perlu diletakkan mengadap ke seat yang belakang...sebabnya...bentuk dia hanya fix untuk kedudukan tersebut. contoh macam kedudukan kat bawah tu

6. Perlu di ingat juga bahawa tidak semua jenis car seat nih boleh muat dalam semua jenis kereta...contohnya kereta comel @kecil cam keta aku nih...saiz after recline juga perlu difikirkan agar xmenjadi masalah bila installation dan masa nak guna nanti


Kenali Jenis Carseat / Carrier Pilihan Anda

Car seat

Infant car seat carrier

Booster car seat


Jenama / Brand yang ada di Malaysia :
- Aldo
- Britax
- Chicco
- Combi
- Concord
- Ferrari
- Graco
- Halford
- Little Bean
- Maneki
- Maxi-Cosi
- My Dear
- Peg-Perego
- Recaro
- Sparco
- Sweetcherry
- Tornado

Senarai Butik Bayi / Ibu

Aku nih dalam kategori yang rajin jugakla merayap mencari butik-butik bayi...tujuannya untuk survey harga dan barangan yang dijual. Kat bawah nih aku listkan tempatnya

1. Babyjaya - Kedudukan butik nih agak strategik...dekat dengan persimpangan antara tropicana dengan Uptown Hawkers...tp memerlukan kudrat skit sebab kne panjat tangga untuk ke kedai di tingkat 1..banyak kali gak berulang pegi sana sampi taukeh tu pun dah kenal...huhu

2. Baby Cottage - Pada mereka yang mencari carseat / stroller / infant carseat yang agak berjenama...kat sini ada banyak pilihan

3. Twin Baby - Kat sini pilihan untuk barangan pakai bayi xbanyak..tp untuk bilik tidur, membuatkan kita akan rambang mata untuk memilihnya...aku pernah pegi kedai nih yang terletak di puchong...landamark Tesco Puchong

4. Anakku - Mempunyai banyak cawangan bukan saja di KL / Selangor malah di seluruh Malaysia...

5. Momours - Untuk yang mencari stroller brand maxi-cosi, quinny, peg-perego...momours merupakan satu-satunya distributor kat malaysia nih...so pilihan kat sini lebey byk

6. Mothercare - Banyak terdapat di dalam shopping² complex utama sekitar KL / Selangor...barangan² berjenama dan agak mahal jika dibandingkan dengan kedai² biasa di luar shopping complex

7. Mom's Care - looks alike mothercare...lebey kurang sama je... baik dr segi harga ataupun barangan yang dijual

8. Babyland - Segala keperluan ada disini...kedainya xbesar semua barang ada disini

9. Modern Mum - Lebey kepada barang-barang keperluan ibu...xjauh beza dengan mothercare dan mom's care

10. One Baby World - Selesa dan banyak pilihan...ibu-ibu yang sarat xperlu risau untuk bershopping di sini sebab setiap access untuk ke kedai nih xpayah naik tangga...sume tempat / butik ada disediakan lift

11. Baby Manja - Butik nih dah 3 tempat aku pernah sampi...bangi, gombak dan wangsamaju

12. Safe N Sound - Belum pernah sampi

13. Bebe Home - Belum pernah sampi

14. Bebehaus - Belum pernah sampi

15. Littlewhiz - Belum pernah sampi

16. Fabulousmom - Kedai nih mempunyai banyak cawangan...aku xtaula branch lain camne...tapi yang aku pergi tuh kat TTDI...menapak gak kne naik 1st floor...tp barang dia xberapa banyak sgt cm tempat² lain...just yang basic² je...

17. Mybbstore - Terdapat 3 branch ; Kuchai Lama, Kelana Jaya dan Kota Damansara...barang² yang ada di mmbbstore nih boleh dikatakan agak banyak. Aku pergi yang kat Kuchai Lama...parking agak susah skit n terpaksa menapak naik tangga...bg ibu² yang dah sarat sangat tu amatlah tidak digalakkan...

18. Sweet Baby Shop - Belum pernah sampi

19. Mumdreams - Belum pernah sampi, tapi pernah beli barang masa expo...banyak keperluan ibu...kedai yang aku pernah lalu kat depan dia kat Bangi je...not bad sbb byk jugakla baju² nursing

20. Kedai Kasih Ibu - Boleh baca kat blog entry akak nih kat sini. Mungkin official website untuk kedai nih belum wujud lagi...inilah satunya-satunya kedai yang aku jumpa breastpump untuk brand tommee tippee manual / electric...sebelum nih aku jalan² xpernah lagik terjumpa

Note : Ini adalah antara tempat² yang aku penah sampai dan hasil review. Tujuan entry nih adalah sebagai rujukan untuk aku supaya xpayah susah-susah nak ingat nama kedai juga dikongsi bersama semua =)

Friday, May 25, 2012

Panduan mencari Nursing Bra

Soalan nih banyak diajukan kat forum² tp xberjawab... "macamane nak tau size kite?saiz bra skrg or besar sket..kat sini aku sharekan maklumat / pengalaman n base on review dekat google...

1. Kena amik pita pengukur n ukur la..Beli satu jer dlu. Takut beli byk² tak muat lak kan. Lain jenis bra lain sizenya. Itulah yg payah sket kalau nak beli online. Kalo nk mudah walk in la. Try. Da tau size baru beli online. Tesco n giant pun ada gak nursing bra selain kedai² yang menjual barangan bayi...saiz anggaran besar 2 3 inci dari yang pakai sblm prangnant...n mengikut kesesuaian

2. Nursing bra nih pun ada banyak jenis. Ada yang wire (ada besi), ada yang xde besi, ada yang mmg dah ada span...ada yang nipis je xde span pe², ada yang ada slot je untuk letak nursing pad (xnak kasi susu tumpah), pastu dari segi cangkuk lak ada yang berbutang kat depan...ada yang cangkuknya dari atas...and pendek kata mcm² style ada...yang penting keselesaan kita

Ni contoh yang cangkuknya bukak dari atas

Kalau chinese kebanyakan derang ske yang patern camni...aku pun xtau sbb pe...mayb sbb selesa kot...style selak² je

Yang jenis button ni pulak nampak macam selesa dan senang...tp mostly yang mcm nih xde slot untuk letak nursing pad

Note : Brand nursing bra nih ada mcm²...antara yang famous avon, autumn, audrey, anita and mcm² lagikla...tp kalau nak murah cari je yang brand biasa²...janji selesa

Rezeki Baby Di Hari Jumaat

18 May yang lepas...akak sebelah opis kasi dried fruit ngan ada campuran badam dan kismis coz last week dia byk bercrita pada aku macam² petua hasil dari pengalaman dia...yes, mmg aku tau kismis ngan bdam semua tu baik utk bayi...time kasih kak...last week pun dia ada bg air zam-zam ngan kopi herba yang company dia buat...aku tolong dia wat website...so hasil nya dia balas dengan kebaikan jugak~ alhamdulillah semunya rezeki baby ibu nih

Expo Barang Baby 2012

Nih antara info yang sempat aku kumpulkan selama men'google' dan merayap melihat banner² di  sekitar KL / Selangor


Kuala Lumpur / Selangor

1. Motherhood Expo 2012
Kuala Lumpur Convention Centre
24th – 26th February 2012
10.30am – 9.00pm
Entrance is free
- Fitness & Slimming Beauty Services
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institutions
http://www.harenet.com.my/expo/
My Note : expo nih aku pegi...jlnnya ukan main jauh lagik...mmg ibu² yang sarat sgt tuh akan mengahla kalo jln sini...brg² dia pun xdela murah sgt...cuma byk n dikumpulkan kat satu tempat je...aku xbeli pe² pun...sbb mse nih kandungan aku masih baru lagik..so just survey jela...but nilah 1st time aku jatuh hati dgn stroller Quinny...haha

2. 3rd Maternity & Children Expo
Mid Valley Exhibition Centre
9th – 11th March 2012
10am - 9pm
- Maternity Clothing & Accessories
- Slimming, Beauty & Health Care Products
- Breast Feeding & Mommy's Group
- Baby & Children Garments & Accessories
- Baby & Children Bedding & Furniture
- Toys, Playing & Learning Products
- Early Education, Training, Courses
- Programmes & Products
- Food, Fedding & Nutrition
- Medical Biotechnological & Stem Cells Services
- Insurance & Financial Institution
- Photographer Services for Children & Parents
- Stroller & Gear, Travel Products
- Baby & Children Cares & Daily Use Products
- All Products & Services Related to Children,
- Parents & Parents-to-be.
http://www.tce.com.my/baby/index.html
My Note : Expo nih pun aku sempat pegi...tp barang xberapa byk...more to chinese punya attraction cam product² herba...and contest yang melibatkan derang...nih pun aku kurang berminat

3. Pureen Stock Clearance Promotion
Lot 6 Jalan 19/1 PJ
21st -22th Apr 2012
10am - 6pm

Promotion : Check out the Pureen Stock Clearance Promotion by Summit Company (M) Sdn Bhd
Address : Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya from 10am till 6pm. ( Visa and Master accepted for purchases above RM150. )
Products Offered :
- Baby diapers
- baby apparels
- baby toiletries
- baby accessories
- INCO adult diapers
- adult toiletries
- sanitary pads and maternity pads.
Brands Offered :
- Pureen
- Pureen Pride 'N' Joy
- Pureen Basic
- Tracia Toiletries
- Dr Mist
My Note : Ni aku dah ceritakan kat entry Pureen Stock Clearance .Mmg berbaloi²...siap dapat biskut Rusk lagik...hoho


4. Mom & Baby Expo
Mid Valley Exhibition Centre
11th -13th May 2012
http://www.todaypublishing.com.my/
My Note : Ni pun aku pegi...so aku critakan kat entry  Mom & Baby Expo Midvalley - May ...parking mase nih jgn ckp la...susah gle kot


5. Mother & Baby Expo 2012
Description: Malaysia largest consumer show renovation expo
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC)
Date: 1-3 June 2012 (Friday - Sunday)
Time: 11:00a.m. - 9.00 p.m.
Exhibitor:- Retailers, wholesaler, distributors, sole agent, manufacturer, importers, chain store, hypermarket, pharmacies, service provider, health foods, beauty salon, hospitals, insurance & financial institution, publications
Products :
- Baby bedding & furniture
- Baby garments, footwear & accessories
- Breast feeding & mommy's group
- Baby & parents photograph
- General pregnancy & baby-care
- Health & medical
- Innovative Gadgets
- Mother & baby insurance, educational plan, saving plan
- Maternity, baby & children cares & daily use products
- Maternity clothing, underwear & accessories
- Medical biotechnology, management of infertility services & stem cells services
- Nappies & toileting
- Nursery furniture, equipment & accessories
- Organic, food, fedding, nutrition & products
- Parenting information & services
- Pre-school, training, courses programmes & products
- Pregnancy, birth & postnatal
- Safety products & services
- Slimming, beauty & health care products
- Toys, educational products, souvenirs, playing & learning
- Other products & services related to baby, parents & parents-to-be
My Note : Ini antara expo yang aku tunggu²...dengar² cam besar je...tp parking tu cam susah skit

6. Baby & Kids Products Warehouse Sale 2012
BABY & KIDS PRODUCTS WAREHOUSE SALE is on with offers on kids apparels! So check out BABY & KIDS PRODUCTS WAREHOUSE SALE Offer while the sale offer still lasts.

Date : 13 June 2012 (Wednesday) - 17 June 2012 (Sunday) .
Time: 10am - 10pm
Vanue : Setia Eco park
Green Canopy Function Hall.
Shah Alam, Selangor.
5 days only. FROM RM5.

Brands offered during BABY & KIDS PRODUCTS WAREHOUSE SALE :
- Bebe's Home
- Hello Kitty
- Peter Rabbit
- Paddington Bear
- Care bears and many more.
Note : Brand² yang aku kurang minat...jauh lak tu dengan umah...so yang nih aku xpegi kot

7. Children World Superbrand Summerfair

Date : 18 June 2012 - 1 July 2012
Vanue : Sogo


Note : Xsempat pegi pun sebab dah sarat n barang sume dh complete...


8. Baby & Children Products Warehouse Sale (My Dear)

Date : 28 June – 8 July 2012

Products Offered :
- Safety Gates
- Baby Walkers
- Carseats
- Cots
- Strollers
- Bouncers and more

Time : 9am – 7pm
Location : (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor
For more information, please visit:
Website: www.mydear.com.my
Email: enquiry@mydear.com.my
Note : Sempat jugak pegi 1July lepas sebab mmg dah target nak beli baby carrier...puas ati sebab dpt harga yang murah RM20 compare ngan rege betul


7. Pureen Stock Clearance Promotion
Date: 14 - 15 July 2012 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Products Offered :
- Baby diapers
- baby apparels
- baby toiletries
- baby accessories
- INCO adult diapers
- adult toiletries
- sanitary pads and maternity pads.
Brands Offered :
- Pureen
- Pureen Pride 'N' Joy
- Pureen Basic
- Tracia Toiletries
- Dr Mist
My Note : Ini kalau nak pergi kena awal sketla...confirm penuh cam yang aritu

8. Mom & Baby Expo
Mid Valley Exhibition Centre
27th -29th July 2012
http://www.todaypublishing.com.my/
My Note : Ini aku expect expo dia sama cam yang sebelum nih...yang May punya...sebab organizer dia pun sama...so kalo larat aku pegila...huhu...dah sarat nih time nih

9. 8th IBEX International Baby Expo 2012
Kuala Lumpur Convention Centre
10th – 12th August 2012
10:30am - 9:00pm
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Fitness & Slimming Beauty Services
http://www.harenet.com.my/expo/
My Note : Expo nih pun insyallah dalam target aku gak...sebab salunya kat KLCC nih exponya besar...hope aku masih kuat untuk berjalan sebab time nih bulan puasa

Mom & Baby Expo Midvalley - May

Seperti yang aku salu bebelkan...aku nih suka expo² n tgk barang² murah...hehe...11 - 13 May...mmg aku dah siap² tanda dlm kalender aktiviti aku...huhu


mmg banyak jugakla barang² yang derang jual...tp aku dah ada list barang aku sendri...n disamping tu survey barang² lain gak yg bakal dibeli next month...antara barang yang aku sempat tangkap; nursing bra 3helai , matress set utk baby, and papa beg...n aku mmg berminat kat booth mumdreams nih sbb byk jugak brgnya...cuma xperasan mse pegi tuh...balik umah ukak pamplet baru pasan...so nextime ble de expo lak nak carila booth derang nih...sbb byk jual baju utk menyusu...cantik² n simple n plg penting murah~

Ni jugak nak pakai untuk bawak jenjln nti

4th checkup + minum air gula

Kali ke-4 checkup 2 May ;  mayb aku rasa awl skit kot dr yang sblm² nih sebab aku wat skali ngan minum air gula...cite bab pengalaman minum air gula nih mmg aku sgt² takut...huhu...mne x nyer...family aku nih mmg ada history kencing manis...nebes²...lepas checkup aritu ada derang lekatkan note kat dpn buku yg tertulis

TARIKH TEMUJANJI : Persediaan untuk menjalani ujian Modified Glucose Tolerence (MGTT)
1. Makanan terakhir hendaklah diambil sebelum pukul 10 malam. Anda hanya dibenarkan minum air kosong sehingga anda menjalani ujian di klinik - mmg kena puasa la nampak gayanya


2. MESTI berada di klinik pada pukul 8 pagi, mengikut tarikh temujanji yang diberikan - mmg pg² lagik aku dah tercongak depan klinik tunggu pintu klinik ukak...mmg seumur hidup aku xpernah wat camni sbb mak aku kje klinik...hoho

3. Sekiranya anda datang pada atau selepas pukul 8 pagi, ujian tidak akan dijalankan dan anda akan diberi tarikh temujanji baru - so nak pastikan dtg awl...kul 9+ dkt² kul 10 mlm aku dah tdo...nak makesure perut aku xlapo sgt


1st lepas amek number mmg terus kena amek darah coz dia nak comparekan result sblm minum dgn slps minum = CUCUK (muka pasrah)


so sementara tunggu jam yang seterusnya aku pun wat checkup perut as usual...ukur berat (58.2kg) naik 1.3kg  - nurse ckp okla...xberat sgt...horray! n lps nih kalo naik smgu 0.5kg pun dah ok...hoho...ske²...urine test n hb test 11.8..so normal...lain² sume ok...jantung baby pun ok...n lastly disebabkan org xramai cucuk kancing gigi mse tuh...aku terpaksa skali lagik menadah tgn cucuk kat bahu...huhu...lenguhnya kemain lg

ble dah ckup 2jam...1020 pagi mse tuh...aku pun letak kad cm besa kat luar makmal amik darah tuh...sbb xtau aku pun tunggu...ble dah masuk dalam bilik nurse tu bebel sbb dia ckp after 2hour masuk je xyah tunggu² sbb dah lama aku puasa...nak wat cne dah xtau kan...hoho...so darahku diambil utk kali kedua...+ nurse tuh salah cucuk plak...mmg lebam abisla 2 kali cucuk kt tempat yg sme...pasrah jela...

lepas seharian kat kinik...aku dah xdaya nak gi kje...(alasan)...so aku pun dicide merayap ngan hubby sampi ke ikea...huahuahua

Thursday, May 24, 2012

Mari Minum Susu

2, 3 , 4...hurmm...byk jugakkan aku minum susu...huhu...Semalam cukupla 3jenis susu maternity yang aku minum...start dr anmum materna coklat 7kotak...enfama a+ 1tin n the latest mamil mama...huhu...dlm byk² nih yang plg aku ske mamil mama sbb rasa dia light skit...xmanis sgt...yang enfamama nih plak aku amik vanilla...rasa dia xbleh blah skit time panas...tp ble bancuh sejuk sedapla plak...cam mkn ice-cream...hoho...lg satu enfamama nih leceh sket nak bancuh...kne air suam...smela cam mamil mama nih..air makesure dlm 40darjah c je...xcm anmum...blasah je air panas pun...mayb molekul dia lain kot...blasah jela janji minum...de gak ura-ura yang mengatakan minum anmum or susu nih baby besar...hurm...bg aku better minum kot...sbb kita  pun bukanla kuat sgt kalo nak arapkan vitamin tambahan dr obimin je...alhamdulillah xpernah miss minum susu lagik stkat nih...kalo de pun weekend je sbb terbgn lewat...huhu...baby pun alhamdulillah normal je beratnya n aktif...ibu n walid syg baby...besarla dgn baik ye syg

Himpun kotak byk²...haha

Cuci-cuci Services

Ari Ahad yang lepas, 20th May...aku disuruh hubby untuk asingkan baju-baju baby yang nak dibasuh...huhu...semua mende masih dlm plastik...so kne la ukak satu²...dr mitten & booties...towel..lampin...n baju²...xlupa gak sarung bantal...ingatkan skit...ble kumpul² penuh gakla sebakul...huhu...hubby amik n bawak ke mesin basuh skali ngan Pureen ABD Liquid Detergent yang aku bli mse promotion kat Sogo dlu...botol kecik je...

Bau dia mmg fresh n ala² bau baby...hoho...sungguh nyaman

Bila dah basuh pakai mesin nih kne baware...makesure function delicate sbb basuh baju² n barang baby nih material mostly cotton...so utk jaga agar xterkoyak or berlubang sana sni...kne makesure mende tuh...tgh² basuh tu plak cuaca mendung...agaknya sebab xpernah basuh baju baby kot tetiba ujan...huhu...hubby trus sidai je...dia ckp nti dekat nak mlm kita angkat sidai lam umah lak...ble dah sidai rasa cm penuh lak penyidai nih...hubby siap ckp lagik...pasni kne beli penyangkut bulat nih byk²...senang nak sidai baju² kecik nih...baeeekkk...nti belikan ye syg

Penuh penyidai

Bila dah mlm...sume baju² diangkat masuk ke bilik tamu...hubby siap watkan penyidai skali...haha...baby, tgkla walid kamu nih...bersungguh dia nak keringkan baju...onkan kipas n biar je baju tuh kering kat bilik tuh...sesekali bukak pintu bilik bau baby...huhu...saya suke saya suke~

Abaikan je background kat belakang tuh...huhu


Wednesday, May 23, 2012

Pureen Stock Clearance

Bab expo² n barang murah nih...mata aku mmg pantas je nak menjengah...walaupun xpernah sampi lagi ke warehouse pureen nih...aku menggagahkan jugak diri...Promotion on this Saturday & Sunday (21 & 22 April, 2012)...but aku decide nak pergi hari ahad...sbb mayb 2nd day dah xramai org...huhu...alamatnya kat Lot 6 Jalan 19/1 PJ...mmg jln jem gilala

nih kat luar
bila dah masuk kat dlm warehouse dia lgla...mata dah rambang


tp aku lebey minat nak borong baju kecik² yang harga tiap satunya 1-3 inggit je...kaut laa...ape lagik...abis dkt 100 jugak walaupun pd asalnya xnak beli byk pun



Sunday, May 13, 2012

Pilihan Set Bersalin


Sebagai contoh, set bersalin bagi ibu-ibu yang:
a) Bersalin secara normal
b) Bersalin secara pembedahan atau czer

Di bawah ini, ialah senarai jenama/brand set bersalin yang berada di pasaran Malaysia, mungkin terlaris, popular dan menjadi pilihan ramai:

1. Set Bersalin Amway (Tropical Herbs 2011, 2012)
2. Set Bersalin Afiat
3. Set Bersalin Ambar Kenanga
4. Set Bersalin Atika Beauty
5. Set Bersalin Air Mancur
6. Set Bersalin Biodex
7. Set Bersalin Beauty Umaira (Juga ada yang panggil Set Bersalin Umairah
8. Set Bersalin Bidadari
9. Set Bersalin Bhidan Trubellai
10. Set Bersalin Bonda
11. Set Bersalin Biofeld
12. Set Bersalin Cosway
13. Set Bersalin CNI
14. Set Bersalin Cap Menara
15. Set Bersalin DCL
16. Set Bersalin Dnavechee
17. Set Bersalin Dunia Herbs
18. Set Bersalin De'Wajah
19. Set Bersalin Dimaz
20. Set Bersalin Felisa Cosmetic (Ada juga menyebut Felisa Kosmetik, dan keliru dengan Felisa Formula)
21. Set Bersalin Gamat Healin
22. Set Bersalin Gamat Emas
23. Set Bersalin HPA (Ramai ingin membeli online dengan harga asli. Serta bertanyakan komen, testimoni tentang produk)
24. Set Bersalin Hiraq
25. Set Bersalin Har One
26. Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara (Sama dengan Nombor 36)
27. Set Bersalin Idaman
28. Set Bersalin Iris
29. Set Bersalin Khazah Bonda (Kadang2 ada yang mencari Kzanah Bonda, mungkin tersilap menaip)
30. Set Bersalin Kak Engku
31. Set Bersalin Kenanga
32. Set Bersalin Kak Roha (Atau Set Bersalin Roha)
33. Set Bersalin Kak Lana
34. Set Bersalin Leesa Formula (Juga carian berkaitan iaitu Lisa Formula dan Lessa Formula. Ramai yang mencari set lengkap, murah dengan testimoni yang boleh dipercayai)
35. Set Bersalin Mustika Ratu (Juga dikenali Jamu Mustika Ratu, Mustika Ratu Selapan)
36. Set Bersalin Mak Dara (Juga dikenali Set Bersalin JMD, Jamu Mak Dara, Jamu Mak Dara Gold, Ratu Dara, Ratu Mak Dara)
37. Set Bersalin Muna Asy Syifa
38. Set Bersalin Manja
39. Set Bersalin Maharani
40. Set Bersalin Nona Roguy (Juga ada yang mencari Nyonya Roguy, Set Bersalin NR)
41. Set Bersalin Nouvelles Visages (Juga dikenali dengan shortform Set Bersalin NV)
42. Set Bersalin Nyonya Meneer
43. Set Bersalin Nuriz
44. Set Bersalin Natasya
45. Set Bersalin Orang Kampung
46. Set Bersalin Puteri Rembulan
47. Set Bersalin Qurratu
48. Set Bersalin Revell
49. Set Bersalin Rojam
50. Set Bersalin R&Z
51. Set Bersalin Radix
52. Set Bersalin Sendayu Tinggi (Ammy 60 Days)
53. Set Bersalin Salindah
54. Set Bersalin Shaklee
55. Set Bersalin Sari Herba
56. Set Bersalin Sari Ayu
57. Set Bersalin Tanamera
58. Set Bersalin TYT
59. Set Bersalin Warisan Afiat
60. Set Bersalin Warisan Mama
61. Set Bersalin Yusmira
62. Set Bersalin Zura
63. Set Bersalin Zarina Zainuddin
  • Kalau nak set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, base on review adalah dari jenama-jenama ini cthnye Amway, Tropical Herbs, Nona Roguy, Leesa Formula, Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara, Set Bersalin Ambar Kenanga dan Sendayu Tinggi adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
  • Untuk yang suka set tradisional, boleh la try Mustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur (dulu mak aku pakai), Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul). Kalau orang dulu² kite selalu guna set camni, katanya bila minum² nih penyerapannya lebey...
Note : Kalau dilihat pada review...banyak yang mencadangkan produk² yang mereka gunakan...bagi aku semua produk ok...dan ianya bergantung kepada diri individu itu sendri...yang aku tandakan kat atas tu adalah masih dalam pemerhatian aku...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post