Pernah tak baby menolak botol susu sebab dah biasa dengan mumbreast? Kat sini aku perkenalkan botol yang mungkin sesuai untuk baby yang confius camtu...sebagai contoh aku sendrila...susah nak berenggang dengan breast mak aku dulu walaupun dah berumur 7tahun!asyik bergayut je...tapi masa zaman aku dlu manala ada mende² gini kan...huhu...botol mimijumi...
Sedikit Info :
1- Puting Mimijumi
Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!
2- Material
Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seakan kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda. Dan ianya juga tergolong dalam Eco-Friendly Bottle
3- "Wide Neck style" (Leher Botol Yang Luas)
Memudahkan proses pembersihan di bahagian dalam botol. Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya. Sebab botol nih boleh bukak dari bahagian bawah dan atas
4- BPA Free, Lead, Phthalates, Latex.
5- Tidak Perlu Kerap Membeli Botol
Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak² yang seterusnya. Jimat kan? (* Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)
6- Harga Di Malaysia
Harga kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat One Baby World or dkt sini pun sama RM80, untuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack dalam RM43. Macam mahal jugak tapi kalau untuk anak kita sanggup je pun berhabisan kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
2 minggu lepas minum air gula haritu (MGTT) ...KKM call cakap gula tinggi sikit... pagi kul 8 bacaan 4.9...bacaan kedua 8.4 and nurse cakap ...
-
Aku buat entry nih supaya senang wat rujukan untuk ibu² yang nak berpantang sambil berurut...juga untuk rujukan aku pada masa akan datang......
-
Update Terkini 2015/2016 Jom survey harga yuran untuk tadika khususnya area yang berdekatan dengan Subang Jaya / USJ, sebab umah kami dekat...
No comments:
Post a Comment