Sunday, May 27, 2012

Senarai Butik Bayi / Ibu

Aku nih dalam kategori yang rajin jugakla merayap mencari butik-butik bayi...tujuannya untuk survey harga dan barangan yang dijual. Kat bawah nih aku listkan tempatnya

1. Babyjaya - Kedudukan butik nih agak strategik...dekat dengan persimpangan antara tropicana dengan Uptown Hawkers...tp memerlukan kudrat skit sebab kne panjat tangga untuk ke kedai di tingkat 1..banyak kali gak berulang pegi sana sampi taukeh tu pun dah kenal...huhu

2. Baby Cottage - Pada mereka yang mencari carseat / stroller / infant carseat yang agak berjenama...kat sini ada banyak pilihan

3. Twin Baby - Kat sini pilihan untuk barangan pakai bayi xbanyak..tp untuk bilik tidur, membuatkan kita akan rambang mata untuk memilihnya...aku pernah pegi kedai nih yang terletak di puchong...landamark Tesco Puchong

4. Anakku - Mempunyai banyak cawangan bukan saja di KL / Selangor malah di seluruh Malaysia...

5. Momours - Untuk yang mencari stroller brand maxi-cosi, quinny, peg-perego...momours merupakan satu-satunya distributor kat malaysia nih...so pilihan kat sini lebey byk

6. Mothercare - Banyak terdapat di dalam shopping² complex utama sekitar KL / Selangor...barangan² berjenama dan agak mahal jika dibandingkan dengan kedai² biasa di luar shopping complex

7. Mom's Care - looks alike mothercare...lebey kurang sama je... baik dr segi harga ataupun barangan yang dijual

8. Babyland - Segala keperluan ada disini...kedainya xbesar semua barang ada disini

9. Modern Mum - Lebey kepada barang-barang keperluan ibu...xjauh beza dengan mothercare dan mom's care

10. One Baby World - Selesa dan banyak pilihan...ibu-ibu yang sarat xperlu risau untuk bershopping di sini sebab setiap access untuk ke kedai nih xpayah naik tangga...sume tempat / butik ada disediakan lift

11. Baby Manja - Butik nih dah 3 tempat aku pernah sampi...bangi, gombak dan wangsamaju

12. Safe N Sound - Belum pernah sampi

13. Bebe Home - Belum pernah sampi

14. Bebehaus - Belum pernah sampi

15. Littlewhiz - Belum pernah sampi

16. Fabulousmom - Kedai nih mempunyai banyak cawangan...aku xtaula branch lain camne...tapi yang aku pergi tuh kat TTDI...menapak gak kne naik 1st floor...tp barang dia xberapa banyak sgt cm tempat² lain...just yang basic² je...

17. Mybbstore - Terdapat 3 branch ; Kuchai Lama, Kelana Jaya dan Kota Damansara...barang² yang ada di mmbbstore nih boleh dikatakan agak banyak. Aku pergi yang kat Kuchai Lama...parking agak susah skit n terpaksa menapak naik tangga...bg ibu² yang dah sarat sangat tu amatlah tidak digalakkan...

18. Sweet Baby Shop - Belum pernah sampi

19. Mumdreams - Belum pernah sampi, tapi pernah beli barang masa expo...banyak keperluan ibu...kedai yang aku pernah lalu kat depan dia kat Bangi je...not bad sbb byk jugakla baju² nursing

20. Kedai Kasih Ibu - Boleh baca kat blog entry akak nih kat sini. Mungkin official website untuk kedai nih belum wujud lagi...inilah satunya-satunya kedai yang aku jumpa breastpump untuk brand tommee tippee manual / electric...sebelum nih aku jalan² xpernah lagik terjumpa

Note : Ini adalah antara tempat² yang aku penah sampai dan hasil review. Tujuan entry nih adalah sebagai rujukan untuk aku supaya xpayah susah-susah nak ingat nama kedai juga dikongsi bersama semua =)

7 comments:

  1. Assalammualaikum, blog saya ade menjual pakaian kanak-kanak yang berumur 1 bulan - 7 tahun.....

    Harga yang berpatutan.. kain cotton yang lembut, selesa dan berkualiti tinggi....

    Follow me back : http://sanizazakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat bermanfaat! Thanks :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    http://thevitamom.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete
  3. tanks for info
    jom jenguk my blog
    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sy ada jual mummy bag yg cute2, produk kesihatan bayi&kanak2 yg selsema batuk, ekzema, alahan, keluaran bumiputera islam, boleh gntikan johnson&johnson, brg2 budak robocar poli. Visit ig sy 》》 babynkidspalace yr..
    https://www.facebook.com/babynkidspalace2u?ref=hl

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Para ibu dan bakal ibu mencari baju yang selesa, bergaya dan menjaga aurat?
    Mari dapatkan baju menyusu dan mengandung yang teramat menarik, sesuai untuk digayakan ke pejabat bagi ibu yang berkerjaya dan blouse santai dan sangat selesa untuk bersiar-siar.
    Jika berminat boleh ke https://mumsluv.com
    @ instagram: mumsluv
    Facebook: https://www.facebook.com/MumsLuvExclusive
    Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur boleh dapatkan baju-baju kesukaan anda di booth kami yang akan diadakan pada 19-21 Ogos 2016 ini di EG' Mother, Baby & Kids Expo (EG' Premium Baby Expo)di Hall 4, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post