Pening memikirkan tempat untuk scan 3D / 4D. Kat sini aku sediakan panduan / rujukan klinik² yang menyediakan khidmat scan nih dengan harga yang agak murah...kalau scan 2D biasa aku rasa kat semua klinik bersalin dah ada rasanya perkhidmatan ni...Perlu diingatkan juga, waktu yang sesuai nak scan adalah sekitar usia kandungan 28 - 32 minggu...Kalau ibu-ibu yang nak fully details expecially mengenai jantung adalah sekitar minggu 20 - 24...refer dr ye...mane tau kalau salah info..
1. Vision College / Vision Diagnostic Centre, Kelana Jaya
- Jangan terkejut pulak, ini memang klinik...tapi ianya di bawah kendalian Vision College...terletak betul² belakang Giant Kelana Jaya (aka Giant Kecik)...pada tuan² dan puan² yang bekerja...hendaklah mengorbankan cuti anda...sebab klinik nih hanya dibuka pada hari bekerja sahaja...tapi dalam banyak²...kat sini adalah antara yang termurah...only RM90!
Address :
127 Jalan SS 6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Opening Hours :
Monday - Friday :
8a.m. - 5.30p.m.
2. Well Again Diagnostic
- Harga okla...standard price RM150...tp sygnya dia hanya buat scan pada hari bekerja...dan bukannya hujung minggu seperti yang aku harapkan
Address :
Diagnostic Center, Clinic &
Holistic HealthCare Services
No:2A-1, Jalan PJS 8/2,
Sunway Mentari, 46510,
Petaling Jaya.
Tel / Fax :
03-56384299
3. Pusat Perubatan & Bersalin UMRA
- Harga dalam RM100...quite murah jugakla nak compare dengan tempat² lain...tp base on review ramai yang ckp kat sini nurse² dia / yang jaga reception dia kurang friendly...xtau la...sbb aku sendri pun xpernah sampi kat sana...available pada hari ahad
Address :
Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA (64227-4)
No. 14-18, Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax :
03 5518 4319 / 603 5511 4319
4. Poliklinik An-Nisa'
- Harga dalam RM150..mesin yang digunakan agak canggih berbanding tempat lain..tp sayangnya ianya hanya dijalankan pada hari khamis...sedey
Address :
No 5, Jalan BPP 8/1,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,
43300, Seri Kembangan, Selangor
Tel :
03-8945-8414
5. Klinik Fauziah, Desa Ampang
- Harga dalam RM100 xsalah aku...depend pada sonergrapher
Address :
No. 15, Psn Desa Ampang,
Taman Sri Ampang,
68000 Ampang,
Selangor
Tel :
03-4292 7917
6. Klinik Jameaton
- Terletak berhadapan dengan jusco taman equin...harga hanya RM100...kat sinila aku scan baby bam² aku yang malu² nak tunjukkan muka dia nih
Address :
B5-G-03, Jalan Pinggiran 1/2, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan Selangor
Tel / Fax :
03-89442270 / 03-89441451
Selain tu ada jugak nama² sonergrapher yang sering menjadi sebutan dikalangan ibu² yang giat berblog nih...antaranya
- Jezzlyn - Boleh set appointment dengannya di sini
Note : Semua tempat nih aku dah pernah survey harga...so kalau nakkan kepastian / pertanyaan lanjut boleh call sendiri tempat² tersebut...kalau salah info harap maaf ye..
Monday, May 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
2 minggu lepas minum air gula haritu (MGTT) ...KKM call cakap gula tinggi sikit... pagi kul 8 bacaan 4.9...bacaan kedua 8.4 and nurse cakap ...
-
Aku buat entry nih supaya senang wat rujukan untuk ibu² yang nak berpantang sambil berurut...juga untuk rujukan aku pada masa akan datang......
-
Update Terkini 2015/2016 Jom survey harga yuran untuk tadika khususnya area yang berdekatan dengan Subang Jaya / USJ, sebab umah kami dekat...
No comments:
Post a Comment