Tuesday, October 23, 2012

Mainan Yang Sesuai Mengikut Umur

Pernahkah anda terfikir yang mainan juga memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan mental kanak²...so jom review apa yang sesuai untuk anak anda jika sekiranya ada bajet lebey

Age 0 - 2 Bulan
Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.

Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter (lapan hingga 14 inci) daripada matanya.

Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.

Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.


Playgym

Wrist Rattles Hands Foots finders

Musical Mobile

Stroller Toy



Age 3 - 6 Bulan

Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.

Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula memasukkan barangan ke dalam mulutnya.

Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak mudah tanggal.


Age 6 - 9 Bulan

Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.

Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang bergerak serta buku.

Rock Stack

Age 12 - 18 Bulan

Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.

Dia juga lebih berminat kepada bentuk permainan interaktif antaranya bercakap di telefon serta mula memahami perkataan serta nama objek tertentu. Antara bentuk mainan yang disarankan ialah bola, telefon mainan serta buku.


Barang²
- Simple Dimple
- Lamaze
- Fisher Price

Note : Sumber; Google & Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post