Sunday, July 15, 2012

Buasir Ketika Mengandung


Buasir Ketika Mengandung
Ramai di kalangan wanita hamil menghidapi masalah buasir (hemeroid) sering berlaku kepada wanita hamil & wanita berpantang. Buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur dan memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Ianya juga boleh berlaku kepada anak gadis atau kaum lelaki tetapi risikonya lebih kepada wanita hamil disebabkan tekanan janin terhadap saluran vena (darah) pada dubur. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan seterusnya kerja² penghadaman menjadi semakin lambat dan mengakibatkan najis mengeras....
Jenis Buasir 

1) Buasir dalaman (prolaps) iaitu tertumpu di bahagian dalam saluran rektum...dimana tidak menyebabkan sakit atau gatal kerna terletak jauh di dalam saluran rektum...namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mendatangkan kecederaan bengkak sediada sehingga mengakibatkan pendarahan...

2) Buasir luaran iaitu bengkak terjulur keluar dari lubang dubur tersebut dimana cenderung kpd simptom sakit, pedih & gatal...jika tersepit, bekalan darah ke saluran dubur ini akan terhalang sehingga mendatangkan kesakitan...tp ada juga kes kedua² buasir boleh berlaku dgn serentak...kasihan...


Tanda Buasir :
- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Batuk yang teruk
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Hamil
- Bersalin

Punca Buasir : 

- Tabiat pemakanan yang kurang elok.
- Kurang minum air.
- Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
- Kurang bersenam.
- Sembelit atau cirit birit.
- Mengangkat benda berat.
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Batuk yang teruk
- Hamil
- Bersalin

Pencegahan : 
- Dapatkan nasihat mengenai corak pemakanan yg sihat
- Kurangkan makan makanan yang pedas
- Perbanyakan makanan tinggi berserat ; buah, sayur & bijirin
- Minum air kosong 8 gelas sehari (walaupun ada stgh org kata mnm air yg byk x elok utk org berpantang)
- Tingkatkan kebersihan spt cuci sekerap yg mungkin dan menggunakan sabun n air yg bersih
- Berendam di dalam air suam selama 15minit pn bagus utk mengurangkan buasir
penggunaan garam mandian yg blh dibeli di farmasi

Kaedah Rawatan : 
Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
- Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
- Rendam punggung anda dalam air suam.
- Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
- Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.
- Benzokin dapat mengurangkan kesakitan
- Noradrenaline dapat mengecutkan salur darah yg bengkak
- Salap petrolatum (gliserin) dpt mengekalkan kelembapan di kawasan buasir tersebut
utk buasir dalaman perlu menggunakan ubat supositori atau paip utk kaedah rawatan
- Berjumpa doktor sekiranya semakin teruk

Rawatan Tradisional :
- Penggunaan herba dlm bentuk tablet
- Bertangkas dari pelbagai jenis daun herba terutama pegaga akan direbus di dlm periuk dan pesakit akan duduk di atas periuk dimana akan mengecutkan bengkak tersebut
- Guna minyak gamat asli bagi menyembuhkan luka
- Ada juga sesetengah pengamal tradisional menggunakan kuda laut kering untuk merawat buasir


Amalan Yang Perlu Dihindari :
- Nenas, keladi, kacang (tak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu saja)
- Jangan berdiri terlalu lama.
- Jangan duduk juga terlalu lama (contoh setiap 1 jam cuba bangun berjln²)
- Hindari duduk bertinggung/mencangkung.(Jika guna toilet lebih baik guna yg duduk)
- Elakkan makan yg pedas juga berempah seperti kari dan sebagainya.
- Elak minum teh,kopi atau alkohol (boleh merangsang usus).
- Elakkan mengangkat bebanan yg agak berat.

Makanan Yang Disarankan :
- Kategori bijirin spt cornflake,oat,nestum.
- Roti gandum
- Sayuran² berserat tinggi (Sumber Sayuran Berserat). Cth ; bayam,daun selada (lettuce), karot, buncis, sawi hijau, kubis, seleri, mentimun, labu kuning dan paprika)
- Buah²an berserat tinggi cth ; tembikai, epal merah, melon, buah naga,belimbing, pir hijau, jambu biji merah, betik, nenas, pisang, avakado, laici, mangga dan tomato,buah tin segar dan masih basah jika dimakan dikatakan dpt menghilangkan buasir juga. Selain itu buah ara fig(fin)..namun tidak diketahui bentuknya atau nama lain juga dikatakan elok dimakan.


Note : Tertulis entry nih sebab aku sendiri mengalaminya...so terpikir pulak untuk mencarikan rujukan dan sumber untuk dijadikan rujukan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post