Faktor pemakanan menentukan jumlah kuantiti susu yang dapat dihasilkan oleh badan. Bagi ibu² yang mengamalkan penyusuan eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun, kesabaran dan diet pemakanan perlu diutamakan. Disini aku kongsikan cara² memperbanyakkan susu untuk panduan semua dan panduan diri sendiri jugak.
Pemakanan :
1. lobak putih - ini ibu amalkan kalau nampak susu sangat merudum..makan diret 3 hari. Resepi berasaskan lobak putih ibu kongsikan disini - recomended
2. ikan (semua jenis ikan ikan yu, ikan sardine, tuna, salmon)
3. buah kurma
4. jantung pisang
5. kucai +tauhu+tougeh
6. petola
7. kentang rebus
8. longan kering
9. roti
10. biskut marrie
11. daun turi
12. susu/ soya
13. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
14. pegaga
15. cheese
16. sawi
17. kacang buncis
Minuman :
1. air masak - ibu bawak air 2 liter setiap hari sebagai bekalan di tempat kerja
2. susu - ibu sendiri pernah try dan memang berkesan...kalau boleh setiap hari breakfast amik susu / soya / milo...so tinggalkan la nescafe dipagi hari...huhu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik/honeydwe
10. rebusan buah pala
11. spirulina
12. air kelapa - tak berani nak minum takut kembang urat...huhu
13. rebusan air halba
Supplement yg perlu ambil :
1. omega 3
2. obimim
3. kalsium
4. vitamin c
Utk urutan plak :
1. sikat setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing.... kanan dan juga kiri
2. cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3. kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(baca selawat dulu)...insyaallah
Masa pengepaman :
1. cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2. mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalo kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3. bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, dia akan mengeluarkan susu baru
4. sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5. jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
*sebelum pam saya pakai sikat kalo susu penuh sangat
Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1. Domperidone*
2. Maxolon
3. Metoclopramide (boleh jadi depression)
4. Motilium
5. Raglan (boleh jadi depression)
Cara-cara lain :
1. baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu.
2. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3. tuam tuala suam ke atas payudara
4. urut belakang
5. urut kat payudara
6. sentiasa berfikiran positif
7. invest pada pam susu yg berkualiti (recommended avent, medela, spectra)
8. Kerap menyusu bayi - macam ibu kena kerap pam sebab anak ibu si hannan ni hisap ebm / susu perah je
9. kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati - bila hati xtenang susu merudum...
10. doa
11. Tawakkal
Note : semua yang ada tanda kat atas tu ibu dah pernah try...so apa yang paling penting adalah keyakinan kita...paling mencabar bila anak kurang sihat maka makin kerapla kita perlu susukan dia
Sunday, November 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
2 minggu lepas minum air gula haritu (MGTT) ...KKM call cakap gula tinggi sikit... pagi kul 8 bacaan 4.9...bacaan kedua 8.4 and nurse cakap ...
-
Aku buat entry nih supaya senang wat rujukan untuk ibu² yang nak berpantang sambil berurut...juga untuk rujukan aku pada masa akan datang......
-
Update Terkini 2015/2016 Jom survey harga yuran untuk tadika khususnya area yang berdekatan dengan Subang Jaya / USJ, sebab umah kami dekat...
Wah kak kenari suka la entry ni... semuanya benar-benar belaka... tip2 yg diberi semua kak kenari dah cuba.. semuanya kita kena usaha dulu, n kuasa paling besar yg akan makbolkan hajat kita tentulah Allah s.w.t :)
ReplyDeletealhamdulillah.. kita berkongsi ilmu sama-sama =)
Delete