Saturday, January 12, 2013

Bayi Eczema

Apa tu eczema?salu dengar istilah tu tapi tak tau menda apa?...Eczema atau ruam pada bayi merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan dan seringkali terjadi pada kulit bayi yang terlalu putih/cerah atau terlalu sensitif.

Bayi yang allergic juga selalunya mengalami eczema...selalunya baby yang eczema, baju klu nak basuh kena remdam dulu dettol,baru cuci...tak boleh pakai sebarangan serbuk pencuci...susu pulak yang boleh isomil (susu soya), nan hypoallergic (NAN HA)-Mahal nih! ataupun susu biasa yang tidak mengandungi laktosa (TANPA LAKTOSA)...cmna ibu boleh tau?sebabnya HZ anak ibu sendiri ada eczema tapi bukanlah tahap teruk...HZ tak boleh minum susu FM yang ada laktosa (sebab pernah try Dumex Mamil Gold) masa susu badan down aritu...last skali try Dutch Lady (Dutch Baby) susu murah je.. baru ok...sampai sekarang xpernah tukar sebab takut badan dia jadik ruam lagik...maybe sebab susu tu xsesuai dengan dia kot...so far ok...cuma bagi HZ minum FM time malam je sekali...time len semua fully susu ibu...nanti ibu buat entry lain untuk cerita fully pasal susu..

Penjagaan pulak ibu boleh gunakan ezerra, buds, sebamed atau apa-apa saja barangan mandian yang berasaskan organics...atau kalau ruam tu naik sikit-sikit je memadailah dengan letakkan lotion baby atau krim ruam lampin jenama biasa je...ibu buat ini sebab HZ jarang ada ruam...kadang-kadang je naik ikut keadaan cuaca...kalau cuaca panas je mulala berbintat merah kat badan dia


Sungguhpun begitu, keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku. Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Jangan sesekali gunakan krim yang mengandungi steroid pada bayi anda jika mengalami masalah ruam ni...memang ruam akan hilang, tapi keadaan ini untuk seketika sahaja...ini pernah terjadi pada kawan saya sendiri...dan atas nasihat dari doktor yg dipercayai

Note : Seeloknya gunakan kaedah tradisional lebih selamat atau dapatkan khidmat nasihat doktor yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu barangan 

1 comment:

  1. Salam. Suggest try natural healing – guna Tropika Baby Skin Care Set. Based on minyak kelapa dara. Chemicals-free, steroid-free, parabens free. Keluaran bumiputera muslim. Byk feedback dr ibu2 anak ekzema. Boleh visit www.tropikababies.blogspot.com ataupun FB – Tropika VCO & Medela Swing Maxi utk info lanjut.

    Harap membantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post