Sunday, December 2, 2012

Bila bayi boleh makan?

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi

- Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

- Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

- Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

- Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

- Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

- Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.


Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu

- Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.

- Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.

- Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

P/S : Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

Sumber : Ditulis oleh HANA, user di susuibu.com, RATU HATI & Facebook..

3 comments:

  1. emm.. saya dalam dilema.. bayi saya dah 4++. tp tanda2 yang atas sekali tu ada... cuma saya tak bersedia lagi.. tp desakan dari orang lain suruh beri bayi saya makanan terlalu ramai kerana dia kelihatan sangat lapar.. saya tengok dia pun kesian.. camane ek..dia asik hisap jari je..

    ReplyDelete
  2. hi dell, baby awk lahir bukan pra-matang kan? menerusi pembacaan saya...bayi boleh diberi makan se-awal 4bulan sekiranya ada tanda-tanda kat atas tu...tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak...takut nanti usus dia xdapat nak proses mende makan tu...saya sendiri pun bagi anak saya makan masa umo dia 4bulan lebey...cuma puri dan kadang-kadang air nasi (masa nasi tengah mendidih sendukkan skit masuk lam bekas)...puri lak saya rebus / kukus kemudian saya blend dan tapis...agak rumit tapi cara camtu nak pastikan tesktur dia halus dan senang dihadam...alhamdulillah perut dia boleh terima...tapi limitkan sehari sekali je... =)

    ReplyDelete
  3. as salam sis deeya.. baby sy pramatang. ikot lahir da 6 bln tp lau ikot due baru 3++.. tanda2 nk mkn da ade... kalau tgk org mkn die mcm nk je.. hisap jari jee..kesian pulak tgk nyeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post