Koleksi Petua Untuk Menambahkan Susu Badan
Petua 1: Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang di celur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.
Petua 2: Kikis lobak putih dan diparut. Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan dibiar sehingga suam. Minum 2 kali sehari.
Petua 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.
Petua 4: Longan yang kering, yang biasa boleh didapati dikedai singseh amat bagus untuk diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran satu cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut.
Petua 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling buah dada anda.
Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Thursday, March 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Post
-
Apa nak buat bila bayi anda selsema? Pls pls pls jgn sesekali amik ubat yang mengandungi drug untuk melegakan selsema bayi dengan cepat bayi...
-
Bayi eczema selalunya mengalami pelbagai alahan termasuklah alah pada susu dan produk tenusu seperti susu beraskan susu lembu, telur, keju (...
-
....sambungan Perkembangan Bayi 9 hingga 24 bulan 9 hingga 12 bulan • Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa ...
No comments:
Post a Comment