Monday, April 21, 2014

Elakkan 'Jaundice' atau Demam Kuning Pada bayi Baru Lahir

RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk.

Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.

Bagi ibu, amalan pemakanan semasa mengandung paling penting dalam memastikan bayi yang lahir sihat. Alhamdulillah, berkat nasihat dan dorongan Mr Hubby banyak membantu ibu dalam menjaga pemakanan semasa mengandung.
1. Setiap pagi amalkan minum susu khas untuk ibu mengandung...ibu gantikan susu ni dengan nescafe... sebabnya sebelum mengandung memang hari-hari minum nescafe...disebabkan nescafe mengandungi kafein dan memang tidak digalakkan ambil...so ibu tinggalkan amalan minum nescafe

2. Elakkan makan makanan ringan... Mr Hubby sangat-sangat tekankan bab ni... memang sepanjang tempoh mengandung ibu tak dibenarkan minum air berkarbonat, kerepok (jajan), gula-gula dan seangkatan dengannya.. dengar macam kejam je kan? tapi percayalah... semua tu untuk kesihatan bayi.. serta kesihatan ibu dan anak


3. Banyakkan makan sumber dari kekacang (badam / mixed nuts), bayam (baik untuk pertumbuhan bayi) dan jangan sesekali teringin untuk minum air soya atau apa-apa saja yang berkaitan sengan soya.. sebab ia akan membuatkan bayi yang lahir alah pada kulit.

4. Minum air kelapa dihujung kehamilan... untuk pastikan kulit bayi yang lahir bersih dan tidak bersisik??(mengelupas)

5. Bila usia kandungan menjangkau 32 minggu.. amalkan makan anggur hitam...dan minum air sengkuang cina...
6. Makan delima... untuk anak yang sihat dan cerdas...

Semua amalan di atas ibu buat... dan alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan... Hannan Zaleekha lahir tanpa jaundice... warna mata dia pun putih dan cerah je xde warna kuning...betullah cakap orang... semuanya bermula dari pemakanan...sebab apa yang ibu makan ketika mengandung itulah juga yang dimakan oleh bayi... ala...kejap je pantang makan mende-mende ngarut tu...lepas baby lahir makan balik ye tak??hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post