Wednesday, January 30, 2013

Baby Chair / Seat

Hai...rasa cam dah lama tak jenguk kat sini...macam dah bersawang je...almaklumla busy skit mengoogle macam-macam mende...antaranya adalah kerusi baby...dah nak start makan kenala cari kerusi yang sesuai...my babysitter cakap bagi sambil tido je tapi macam tak sesuai je nokkkk...kalau boleh nak cari yang xbesar sangat dan paling penting untuk kegunaan kat umah bs dan senang nak usung bawak balik kampung...jom review~

Aritu masa pergi KK checkup HZ ternampak sorang auntie ni bawak kusi cam kat bawah ni...brand "COMBI"...namanya ialah combi classic carrier...

Range harga antara RM158 - RM199 (semuanya online jer sebab ibu belum jumpa lagi kedai yang jual mende alah ni)

next pleaseeeee....

Anbebe VS Bumbo...dua-dua sama je...bezanya poket terkoyak skit atau poket rabak atau dengan erti kata lain satu mahal dan satu agak murah sedikit! mungkin bezanya dari segi jenama atau kualiti...weekend ni baru nak pergi survey

Anbebe seat + Tray : Harga antara RM150 - RM160 jer



Bumbo seat : Harga bergantung pada ada tray atau xde..selalunya yang ada tray RM199 - RM220
Note : Kalau highchair pulak rasanya ikea punya highchair yang paling murah...RM49 jer...tapi besar sangatla nak usung bawak balik kampun...so rasanya cam nak cari combi atau anbebe je...huhu...


Sunday, January 20, 2013

5 asas utama perkembangan

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.


Sumber : Majalah Pa&Ma

Perkembangan Bayi 0 hingga 24 bulan

....sambungan

Perkembangan Bayi 9 hingga 24 bulan

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Note : Anda boleh cuba mencari mainan yang bersesuaian dengan umurnya. Boleh refer di sini untuk panduan

Perkembangan Bayi 0 hingga 24 bulan

....sambungan

Perkembangan Bayi 3 hingga 9 bulan

3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

 
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.


6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

sambungan...

Sumber : Majalah Pa&Ma


Note : Anda boleh cuba mencari mainan yang bersesuaian dengan umurnya. Boleh refer di sini untuk panduan

Perkembangan Bayi 0 hingga 24 bulan

Perkembangan Bayi 0 hingga 3 bulan

Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.

Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.

Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut :

0 hingga 3 bulan

• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.


sambungan...

Sumber : Majalah Pa&Ma

Note : Anda boleh cuba mencari mainan yang bersesuaian dengan umurnya. Boleh refer di sini untuk panduan

Monday, January 14, 2013

Tips Mengatasi Bayi Tersedak Susu


Tips Mengatasi Bayi Tersedak Susu

Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro ini kami ringkaskan untuk peringatan semua.

Sebab-sebab bayi tersedak susu

 Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

 Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan

 Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

 Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

 Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.

 Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

 Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

 Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

 Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

* Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

* Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.

* Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.

Sumber : PIICM

Tips Tidurkan Bayi


Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul

Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi :)

(。◕‿◕。) Riba bayi
Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

(。◕‿◕。) Dodoikan anak
Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

(。◕‿◕。) Dukung Pada Bahu
Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

(。◕‿◕。) Dukung Muka Ke Bawah
Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

(。◕‿◕。) Tepuk Bayi
Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

(。◕‿◕。) Makanan Awal
Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

(。◕‿◕。) Urutan Pada Bayi
Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

Sumber di atas oleh : PIICM

(。◕‿◕。) Bentuk Pola Tidur Pada Bayi
Bentuklah pola tidur bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ajar dia tidur ditempatnya, padamkan lampu dan biarkan lampu samar-samar (lampu tidur) sahaja yang menyala...dengan cara ini anda mudah menidurkan bayi anda...masuk je dalam bilik, letak kat katil dia, padamkan lampu dan secara automatik matanya akan lelap.

Note : Macam HZ, ibu ajar dia tidur dalam baby cot sejak dari dalam pantang lagi...so secara xlangsung membentuk pola tidur dia...bila bawak je masuk katil dia...terus dia rasa nak tidur...pukul 10-11malam je ibu akan pastikan HZ tidur...sebab tu dia jarang terjaga tengahmalam...selalunya HZ akan tidur dari pukul 10 malam sampai 6 pagi...alhamdulillah...waktu siang pulak ibu cuma ajar tidur kat lantai / tilam dengan sedikit tepukan kat bontot dia...kalo rajin nyanyikan (dodoikan) dengan alunan zikir...sampi sekarang kalo HZ nak tidur dia akan dodoikan diri dia sendiri (bising je mulut dia menyanyi bahasa yang xpaham sampi dia tidur) 

Uri Bawah / Placenta Previa


Apa itu uri bawah?

Uri bawah merujuk kepada uri di dalam kandungan yang melekat pada dinding rahim dan menutupi pintu servik (pintu keluar bayi). Maknanya uri tu menghalang pintu keluar bayi. Bayi tak boleh keluar sebab uri tu halang. Uri ini terdiri daripada salur darah. Fungsi utama uri ialah membekalkan bayi dalam kandungan dengan semua unsur yang diperlukan baby melalui darah.


Jenis-jenis uri bawah (PLACENTA PREVIA )?
Ada 4 jenis, bergantung kepada lokasi uri
Jenis 1 : Low lying - uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu servik( OS )
Jenis 2 : Marginal - uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pinu servik
Jenis 3 : Partial – uri menutupi sebahagian pintu servik
Jenis 4 : Complete - uri menutupi keseluruhan pintu servik

Siapa yang berisiko?
. Sejarah kelahran secara Caeserian (pembedahan) sebelum ini
. Wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang banyak
. Wanita muda di bawah umur 20
. Kandungan kembar
. Wanita yang menggunakan dadah-cocaine

Apakah risiko uri bawah?
· Risikonya amat besar, bergantung kepada jenis uri bawah. Kalau uri ini berdarah, susah nak berhenti, bak air paip. Ubatnya hanyalah pembedahan buang uri dan terus kelahiran.
· Praktis di hospital, jika uri bawah pada awal kandungan, doktor akan pantau sahaja. Kebanyakkannya uri akan naik ke atas.
· Tetapi jika uri masih di bawah pada akhir kandungan, maka pesakit akan berkampung di wad hospital sampai bersalin. Maknanya kena stay kat hospital sampai baby lahir
· Cara bersalin ialah pembedahan

Sumber : PIICM

Note :  Pernah juga terjadi pada ibu masa pertengahan usia kandungan; kalau xsalah ibu 5-6bulan, doktor nasihatkan kurangkan berjalan dan banyakkan berehat...memang lama-lama uri tu akan naik sendiri

Sunday, January 13, 2013

Susu Untuk Bayi Eczema

Bayi eczema selalunya mengalami pelbagai alahan termasuklah alah pada susu dan produk tenusu seperti susu beraskan susu lembu, telur, keju (cheese), yogurt atau mungkin juga ice-cream!Oleh sebab itulah dalam carta pemakanan bayi - refer sini - makanan dalam kategori ini boleh diberi selepas bayi berusia 8 bulan - 1tahun dengan kuantiti yang sedikit (untuk percubaan)

Kesukaran disini untuk mencari jenis susu yang bersesuaian dengan bayi yang mengalami eczema... sesetengah bayi boleh minum susu berasakan soya (soy base) kerana ianya tanpa laktosa. Ibu sendiri pernah merayau demi mencari susu yang sesuai untuk HZ...disebabkan kulit HZ alah pada susu Dumex yang. Tetapi bukan semua bayi yang alah pada susu mengalami eczema...disini harus ditekankan pada ibu-ibu baru / muda terutamanya...sesetengah orang beranggapan kalau naik je ruam lepas minum susu, baby ada eczema...no no no...salah sama sekali...bukan semua bayi yang alah susu ada eczema...macam HZ...dia cuma alah pada jenis susu Dumex tapi tidak pada susu lain...sesetengah susu tu 'panas' untuk kulit bayi...dan bukanlah mudah sebenarnya untuk mencari susu yang sesuai dengan bayi kita...sebab tu la murah ke mahal ke susu tu yang paling penting sesuai untuk dia dan dia nak minum...kalau beli susu mahal pun dia xnak minum membazir jugak kan?karang nanti tukar susu sembelit la pulak...macam² la...ibu menulis sebab semua ni dialami sendiri oleh member² yang seangkatan dengan ibu...tak nak cakap banyak, lets survey susu yang sesuai
isomil (tanpa laktosa)

NAN-HA


Untuk Harga susu boleh refer kat sini

Note : Jangan lupa dapatkan nasihat doktor atau mereka yang arif dalam hal ni = )...selain tu...tak semestinya baby yang ada ekzema ni kena minum susu khas... leh baca entry ni untuk tau pengalaman saya dalam pencarian susu HZ selama setahun 

Saturday, January 12, 2013

Bayi Eczema

Apa tu eczema?salu dengar istilah tu tapi tak tau menda apa?...Eczema atau ruam pada bayi merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan dan seringkali terjadi pada kulit bayi yang terlalu putih/cerah atau terlalu sensitif.

Bayi yang allergic juga selalunya mengalami eczema...selalunya baby yang eczema, baju klu nak basuh kena remdam dulu dettol,baru cuci...tak boleh pakai sebarangan serbuk pencuci...susu pulak yang boleh isomil (susu soya), nan hypoallergic (NAN HA)-Mahal nih! ataupun susu biasa yang tidak mengandungi laktosa (TANPA LAKTOSA)...cmna ibu boleh tau?sebabnya HZ anak ibu sendiri ada eczema tapi bukanlah tahap teruk...HZ tak boleh minum susu FM yang ada laktosa (sebab pernah try Dumex Mamil Gold) masa susu badan down aritu...last skali try Dutch Lady (Dutch Baby) susu murah je.. baru ok...sampai sekarang xpernah tukar sebab takut badan dia jadik ruam lagik...maybe sebab susu tu xsesuai dengan dia kot...so far ok...cuma bagi HZ minum FM time malam je sekali...time len semua fully susu ibu...nanti ibu buat entry lain untuk cerita fully pasal susu..

Penjagaan pulak ibu boleh gunakan ezerra, buds, sebamed atau apa-apa saja barangan mandian yang berasaskan organics...atau kalau ruam tu naik sikit-sikit je memadailah dengan letakkan lotion baby atau krim ruam lampin jenama biasa je...ibu buat ini sebab HZ jarang ada ruam...kadang-kadang je naik ikut keadaan cuaca...kalau cuaca panas je mulala berbintat merah kat badan dia


Sungguhpun begitu, keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku. Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Jangan sesekali gunakan krim yang mengandungi steroid pada bayi anda jika mengalami masalah ruam ni...memang ruam akan hilang, tapi keadaan ini untuk seketika sahaja...ini pernah terjadi pada kawan saya sendiri...dan atas nasihat dari doktor yg dipercayai

Note : Seeloknya gunakan kaedah tradisional lebih selamat atau dapatkan khidmat nasihat doktor yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu barangan 

Friday, January 11, 2013

Iklan Murah

Dengan pageview yang mencapai hampir satu ribu setiap hari anda mampu menjana pendapatan yang lumayan. Jom apa lagi...iklankan bisnes atau perkhidmatan anda di blog ini dengan serendah RM10/month...

Pakej yang di boleh dipilih 
Design iklan (animation) by web designer (its me =) )
Buat blog/start new blog pada mereka yang baru memulakan perniagaan
Design dan buat website sendiri untuk sendiri / company.
~Nak domain nama company business sendiri dengan domain .com / .net / .com.my dan sebagainya? Saya boleh bantu anda dalam proses daftar (domain dan hosting). Jangan malu dan segan ye =)...almaklum la kaum hawa ni banyak yang malu² =)
Jika anda berminat boleh emailkan ke
deeya5473[at]gmail.com atau personal message ke facebook saya di sini

Tuesday, January 8, 2013

Tip membeli Baby Play Mat

Dulu masa baby belum keluar salu tertanya-tanya apsal la chinese parent salu beli 'Play Mat' nih untuk anak derang masa baby expo...sekarang ibu dah dapat dah jawapan bila ibu sendiri beli untuk Hannan Zaleekha. Baby Play Mat nih diperbuat dari material yang tahan lasak, senang dicuci dan praktikal. Ini penting bagi mengelakkan makanan baby bersepah sebab senang dilap atau terkincin atas karpet bulu-bulu ikea kesayangan i tu...huhu...senang kan? hannan tumpahkan susu ibu lap...hannan makan comot sapu kat tikar ibu lap...hannan kicin atas tikar ibu lap

Ini Yang Ibu Beli untuk Baby


Antara brand yang paling famous dah tentu la 'Korean Parklon Baby Mat' - click sini untuk maklumat. Jangan tak tau Parklon nih boleh dapat kat Jusco...so korang bolehla compare harga asal kat Jusco dengan harga masa expo baby...mmg murah dan kalo bernasib baik boleh dapat half price! dah tentu la ramai yang berpusu-pusu kan...

Brand ; parklon, comflor, dwingular (asal singapore also known as LG Prime in Korea)
Brand bukan korea : EVA


Tips membeli
Memandangkan parklon agak mahal...so ibu pun survey brand yang seakan parklon tapi orang jarang dengar ' Babycare Comflor Non-toxic Playmat from Korea!' Comflor nih pun ada banyak saiz, S, M, L...disebabkan keta ibu kecik je...xmuat nak beli yang gulung so ibu beli yang boleh lipat je...tapi harganya mahal dari yang gulung...apsal ye?rupanya tikar nih pun bukan sebarangan...dia ada jenis-jenis jugak

1. Jenis Form (selalunya digulung besar dan panjang) so kalau korang bawak kereta besar memang muatla untuk bawak balik. Jangan tertipu..kenapa ibu cakap camtu sebabnya korang perlu test dulu material dia...sebab jenis form nih ringan dan selalunya corak dia sebelah je berbanding yang pvc. Lingkungan harga dalam RM100+ ke RM200+

2. Jenis PVC (selalunya dilipat dan dimasukkan dalam kotak). Jenis nih memang muat kalau masuk boot keta yang kecik macam viva...sebabnya masa ibu pegi beli tu pun ibu bawak viva je tapi muat...tu lah antara salah satu sebab ibu beli yang pvc nih...hehe...padahal jenis nih memang tebal dan agak berat...tapi sekali baby landing kat situ...skali ngan ibu pun rasa kelembutan dia...huhu...selalunya jenis nih ada ada corak pada kedua belah permukaan . Range harga dalam RM200+ ke RM700++ depend pada saiz dan corak. corak?why corak pulak? sebabnya corak disney salunya mahal sebab kne ada permission dari company...ommai..

3. Jenis folding (jenis ni ringan, senang dilipat)...tapi jenis ni habuk mudah terperangkap kat celah-celah lipatan tikar tu kalau kita malas cuci macam ibu hannan ni  ...tapi praktikal bagi ibu yang rajin mengemas

4. Jenis lain yang murah dan senang didapati pun ada...tapi ini punya bukan tikar korea...tapi form yang boleh dicantum. Boleh didapati di sume pasaraya besar seperti tesco, giant ataupun carefour. Range harga dalam RM40++ untuk 4 keping (depend pada bape keping nak guna sebab boleh sambung²)

Note : Better test sebelum membeli...jangan mudah tertipu terutamanya pada yang menjual online...happy shopping 

Saturday, January 5, 2013

Rawatan Bayi Selsema

Apa nak buat bila bayi anda selsema? Pls pls pls jgn sesekali amik ubat yang mengandungi drug untuk melegakan selsema bayi dengan cepat bayi kanak-kanak yang bawah 6thn...

1- Perhatikan gerakan nafas samada tersekat ataupun normal. Kalau agak xyakin terus jumpa doktor
2- Boleh jugak gunakan Soothing baby care seperti vicks atau apa-apa brand yang menggunakan bahan organic (bukan chemical atau drug)
3- Gunakan bebuli penyedut (nose cleaner) / nasal aspirator (nose frida)
Ini perlu disedut oleh ibu
Ini picit rubberpump, masuk ke hidung dan lepaskan

4- Gunakan kaedah tepuk, boleh refer kat blog nih 
Sumber : http://www.bengkungmoden.com/blog/tips/ubat-selsema-kanak-kanak/ , http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/4206-teknik-tepuk-bantu-masalah-bayi-berkahak.html , http://shehanzstudio.blogspot.com/2012/02/anak-batuk-selsema-apa-perlu-mommy-buat.html
- Ibu dah try kaedah ni dan ianya memang berkesan

5- Gunakan kaedah mengewap; masuk bilik air, bukak heater dan biarkan keadaan dlm tu jd berwap dan pegang baby anda supaya dia pun dapat sedut wap tu
Sumber : http://destinasicintasara.blogspot.com/2011/12/cara-hilangkan-batukselsema-kahak-baby.html

6- Kaedah tradisional boleh gunakan kunyit hidup ditumbuk bersama minyak masak/minyak zaitun atau boleh juga gunakan bawang putih. Sapu pada dada dan belakang baby

Punca selsema? boleh baca kat sini http://www.babycenter.com.my/a1033081/selesema

P/S : HZ selalu je selsema and kadang-kadang batuk...memang orang cakap baby yang stay dengan nursery  / babysitter ni senang sangat berjangkit...so, i just prepared nose frida tu...lepas mandi makesure sedut hingus  /mukus kat hidung dia tu...kalau dia nampak macam tak selesa, cuba cek hidung dia...selalunya hidung tersumbat tu buat dia tak selesa =)

Tuesday, January 1, 2013

Nama Pilihan

Alhamdulillah...dah besar anak ibu...-  ❤ Hannan Zaleekha (HZ) - nama indah yang ibu dan walid pilih untuk kesayangan kami...timbulnya nama ni sebab masa mengandung ibu suka sangat dengan blogger Hanis Zalikha (inibelogsaya.blogspot.com - gambar kanan bawah tu)...kebetulan plak ibu memang suka sangat baca novel² cintan cintun yang ada nama cantik...ada gak yang cakap Hannan Zaleekha ni nama macam novel...huhu...tahla tapi ibu xpernah lak baca novel yang ada nama unik macam anak ibu nih =)
Hannan bermaksud sayang dan Zaleekha (mengikut sebutan arabnya) adalah isteri nabi yusof a.s yang cantik



Walaupun dah banyak nama yang dipilih...nama ni jugak yang diingatan ibu...sesuai dengan orangnye yang kecil molek...ibu dan walid sayang kamu.
Ini antara nama yang sempat ibu cari untuk kamu sayang sebelum kamu lahir...

Perempuan
Hannan Zaleekha - Kasih Sayang dan Cantik
Naaila Keisha - Sesuatu yg istimewa / Hidup dalam keadaan baik. varian dari aisha
Ellysha Imanina - Yg mulia / Keimanan kami

Lelaki
Wafiq Ilman - Berjaya dan Berilmu
Naqib Wafiy - Yang menjamin atau Ketua Setia jujur
Addar Quthni - seorang imam perawi hadist
Uwais Alqarni - ada seorang pemuda bermata biru,
rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post