Sunday, November 11, 2012

Perkembangan Berat Hannan

0 Month
Weight = 3.05kg ; Length = 45cm

1 Month
Weight = 3.8kg ; Length = 47cm


2 Months
Weight = 4.5kg ; Length = 52cm


3 Months
Weight = 5.1kg ; Length = 56cm

4 Months
Weight = 5.4kg ; Length = 61cm


Hospital Bersalin & Caj (Gov Hosp)

Caj Hospital merupakan salah satu menda yang sering menghatui terutamanya bagi ibu² yang mengangdung untuk memilih tempat bersalin yang selesa dengan kos yang murah...hasil review aku terhadap hospital² yang mungkin menjadi shortlist aku untuk bersalin nanti...so aku senaraikan yang berdekatan dengan rumahku untuk rujukan korang semua jugak...

Untuk Senarai Penuh semua hospital kerajaan boleh dilihat di sini - Klik Sini

1- Hospital Putrajaya
Caj Wad Biasa - Klik Sini
Caj  Full Paying Patient Scheme (FPPS) - Klik Sini

Note : Hospital Putrajaya adalah juga salah satu daripada dua di negara ini menawarkan skim Pesakit Bayar Penuh di mana pesakit boleh memilih untuk menerima semua kemudahan sebuah hospital swasta. Kalau ada duit lebih better buat yang ini...hanya bayar pendahuluan RM3000 dan sekiranya caj kurang maka wang yang lebih akan dikembalikan...sekiranya caj lebih...maka terpaksala anda menambah sejumlah wang...kalau czer rabak jugakla poket  ^_^


2- Hospital Selayang
Caj Wad Biasa adalah sama seperti Hospital Kerajaan yang lain...Sebuah lagi hospital kerajaan yang manawarkan Full Paying Patient Scheme (FPPS)


3- Hospital Kuala Lumpur
Caj Wad Biasa untuk warganegara

MALAYSIAN CITIZEN
Ward Class
Medical
Surgery
Maternity and O&G
First class
RM 700
RM 1100
RM 800
Second class
RM 200
RM 400
RM 350
Third class
RM 20
RM 30
RM 15

Note : Untuk rujukan penuh boleh refer website HKL kat link yang aku letakkan atas tu. Aku pun bersalin kat sini disebabkan review yang mengatakan di sini terdapat ramai pakar dan kapasiti untuk menampung pesakit banyak berbanding hospital² lain...korang bolehla baca pengalaman aku bersalin kat HKL kat sini (Diambang Kelahiran) dan sini (Detik Yang ditunggu)

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Faktor pemakanan menentukan jumlah kuantiti susu yang dapat dihasilkan oleh badan. Bagi ibu² yang mengamalkan penyusuan eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun, kesabaran dan diet pemakanan perlu diutamakan. Disini aku kongsikan cara² memperbanyakkan susu untuk panduan semua dan panduan diri sendiri jugak.

Pemakanan :
1. lobak putih - ini ibu amalkan kalau nampak susu sangat merudum..makan diret 3 hari. Resepi berasaskan lobak putih ibu kongsikan disini - recomended 

2. ikan (semua jenis ikan ikan yu, ikan sardine, tuna, salmon)
3. buah kurma
4. jantung pisang
5. kucai +tauhu+tougeh
6. petola
7. kentang rebus
8. longan kering
9. roti
10. biskut marrie
11. daun turi
12. susu/ soya 


13. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
14. pegaga
15. cheese
16. sawi
17. kacang buncis

Minuman :
1. air masak - ibu bawak air 2 liter setiap hari sebagai bekalan di tempat kerja
2. susu - ibu sendiri pernah try dan memang berkesan...kalau boleh setiap hari breakfast amik  susu / soya / milo...so tinggalkan la nescafe dipagi hari...huhu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik/honeydwe
10. rebusan buah pala
11. spirulina
12. air kelapa - tak berani nak minum takut kembang urat...huhu
13. rebusan air halba

Supplement yg perlu ambil :
1. omega 3
2. obimim
3. kalsium
4. vitamin c

Utk urutan plak :
1. sikat setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing.... kanan dan juga kiri
2. cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3. kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(baca selawat dulu)...insyaallah

Masa pengepaman :
1. cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2. mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalo kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3. bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, dia akan mengeluarkan susu baru
4. sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5. jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
*sebelum pam saya pakai sikat kalo susu penuh sangat


Ubat untuk tambah hormone prolactin (* recommended)
1. Domperidone*
2. Maxolon
3. Metoclopramide (boleh jadi depression)
4. Motilium
5. Raglan (boleh jadi depression)


Cara-cara lain :
1. baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu.
2. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3. tuam tuala suam ke atas payudara
4. urut belakang
5. urut kat payudara
6. sentiasa berfikiran positif
7. invest pada pam susu yg berkualiti (recommended avent, medela, spectra)
8. Kerap menyusu bayi - macam ibu kena kerap pam sebab anak ibu si hannan ni hisap ebm / susu perah je
9. kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati - bila hati xtenang susu merudum...
10. doa
11. Tawakkal

Note : semua yang ada tanda  kat atas tu ibu dah pernah try...so apa yang paling penting adalah keyakinan kita...paling mencabar bila anak kurang sihat maka makin kerapla kita perlu susukan dia


Carta Perkembangan Anak Anda

Usia, pemakanan dan perkembangan


Usia, ketinggian dan berat

Usia dan keseluruhan perkembangan 



Sumber : google

Wednesday, November 7, 2012

Makanan Untuk Otak


Makanan Untuk Otak

1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 24 Oktober 2012

Tuesday, November 6, 2012

Online Barang Bayi

Kat bawah ni merupakan listing barangan yang dijual (online) mengikut keperluan

Pakaian 

QT Buy : Animal Costume - untuk penggemar costume yang comel-comel
Suri Cruise - baju-baju dia up to date ok...sangat cantik
Mom's Gallery - baju cotton yang cantik dan selesa

Pelbagai (hit FB up to 10,000)
One Baby World (OBW)
Babydash
Baby Totz
Fabulous Mom - Website , FB

Alatan / Permainan 
Kids.net.my 

Note : Lain-lain info boleh refer di sini . Most list yang ada kat situ adalah kedai online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Post